Topi keledar Shark Spartan Carbon kini dengan 14 warna baru.

 

  • Rangkaian Spartan Carbon ditambah dengan sepuluh rekaan terbaru dari Shark Helmets
  • Rekaan bentuk yang lebih baik dengan penggunaan teknologi Computational Fluid Dynamic (CFD)
  • Beratnya serendah 1,290gram dan patuh ECE sepenuhnya

 

 

Shark Helmets telah melancarkan sepuluh warna tambahan terbaru bagi salah satu  rangkaian topi keledar aras tinggi, Shark Spartan Carbon. Dilancarkan lewat bulan Oktober 2016 bersempena dengan Shell Malaysia MotoGP ketika itu, Spartan Carbon adalah topi keledar mutlak yang menggantikan topi keledar Speed R.

 

Buat masa sekarang, Spartan Carbon hanya boleh didapati dalam empat rekaan berbeza, Carbon Black, Carbon Red, Carbon White, dan juga replika Carbon Slyvain Guintoli yang didatangi dalam warna biru metalik yang memukau. Tambahan terkini ini boleh didapati di pasaran UK bermula dengan harga £350 (bersamaan RM1,902 selepas pertukaran). Ianya harga yang munasabah jika dibandingkan dengan jenama-jenama lain dengan perincian yang sama. Ini dicapai dengan penggunaan serat komposit berbilang paksi (multi-axial composite fibre) untuk kekuatan mutlak pada harga berpatutan.

Apa yang menjadikan topi keledar Spartan Carbon unik berbanding topi keledar lain di pasaran adalah ia dibangunkan menggunakan teknologi tercanggih Computational Fluid Dynamics (CFD) yang seiring dengan rangkaian topi keledar Shark kelas atasan yang lain. Direka untuk prestasi aerodinamik yang muktamad, ianya dijurutera untuk keselesaan mutlak, menjadikan topi keledar ini antara topi keledar serba boleh yang ada di pasaran sekarang, sama ada untuk kegunaan harian mahu pun ketika berlumba di litar.

Salah satu ciri yang ditekankan untuk siri Spartan Carbon ini adalah kebolehannya untuk meredam bunyi dan memperoleh kestabilan yang lebih baik pada kelajuan tinggi. Ianya tercapai hasil penggunaan paten litupan ‘Shark Skin’ pada kejenteraan visor yang mengurangkan bunyi angin dengan ketara. Spoiler berganda di belakang penutup bekerjasama dengan pengeluar angin belakang (rear air extractors) menarik keluar udara panas dari dalam topi keledar dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi aerodinamik topi keledar ini.

Dengan berat keseluruhan berjumlah 1,290gram (untuk topi keledar bersaiz sederhana), Spartan Carbon juga dilengkapi dengan pelindung matahari yang dapat ditarik masuk, sangat berguna untuk cuaca panas terik. Bagi yang menggunakan cermin mata preskripsi, tidak perlu risau kerana topi keledar ini juga disertakan dengan Shark Easy Fit untuk kemudahan mereka yang bercermin mata.

Berminat untuk memilikinya? Dipersilakan untuk mengunjung Spartan Concept Store bertempat di bandar Sunway atau lawati laman Facebook mereka. Buat masa sekarang, terdapat empat warna bagi rangkaian Spartan Carbon ini.  Beleklah replika Sylvain Guintoli untuk mengagumi warna biru metalik yang sangat mempersona.

 

 

 

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]