• Maverick Vinales mencatatkan masa terpantas bagi #QatarTest
• Andrea Dovizioso mengekori rapat di tempat kedua dengan jentera baru Ducati Desmosedici GP17
• Dani Pedrosa menyinar sebagai penunggang Honda terbaik
Maverick Vinales dari pasukan Movistar Yamaha menunjukkan penguasaannya sepanjang sesi latihan di Qatar apabila dia membuktikan dirinya sebagai penunggang terpantas di atas litar. Di penghujung hari ketiga latihan di Qatar, Vinales telah menunjukkan prestasi yg konsisten dengan mencatat masa terpantas bagi sesi latihan untuk hari kedua dan juga ketiga. Masa terpantas untuk hari yang ketiga buat Vinales dicapai ketika pusingan ke-33nya di Litar Antarabangsa Losail, dengan catatan masa 1:54.330.
Penunggang terbaik Ducati adalah Andrea Dovizioso yang telah merekodkan masa1:54.401, hanya 0.071 di belakang Vinales. Dovizioso juga telah mengemparkan suasana semalam apabila memperkenalkan kemasan rekabentuk fairing aerodinamik jentera ducatinya yang baru. Rekabentuk fairing aerodinamik baharu musim ini adalah untuk menggantikan winglet luaran yang telah dilarang untuk musim ini. Bagi sesi latihan kali ini, kelajuan Dovizioso secara konsistennya adalah pantas dan dia juga telah menduduki tangga teratas bagi sesi latihan hari pertama.
Penunggang Repsol Honda, Dani Pedrosa melengkapkan kedudukan ketiga teratas dengan catatan masanya 1:54.469, meletakkannya dalam satu per sepuluh per saat dibelakang Maverick beserta jentera Yamaha M1nya. Pusingan yang ke-46nya juga meletakkannya dalam masa 0.068 sahaja dari penunggang Ducati di hadapannya,Dovizioso. Nasib tidak menyebelahi Marc Marquez, teman sepasukan Pedrosa, yang terbabas beberapa kali, dan meletakkannya di posisi kesepuluh pada penghujung sesi latihan semalam.
Jorge Lorenzo meningkatkan kelajuan dan rentaknya dengan jentera kesayangan Ducati Desmosedici GP17. Di tempat keempat terpantas dengan rekod masa 1:54.519, dia hanya dua per sepuluh per saat lebih dari penggantinya di pasukan Movistar Yamaha. Bekas rakan sepasukannya jauh di bawah di tempat kesebelas di belakang Marc Marquez. Walaupun begitu, Valentino Rossi telah mencatatkan masa kedua terpantas bagi hari kedua sesi latihan.
Alvaro Bautista dari Pasukan Pull&Bear Aspar sekali lagi menjadi bualan apabila jentera Ducatinya mencatat masa 1:54.714. Dengan catatan itu, ia telah meletakkannya di kedudukan kelima, di hadapan seorang lagi penunggang Ducati dari pasukan Octo Pramac Racing, Scott Reading. Keputusan ini tidaklah memeranjatkan memandangkan Litar Antarabangsa Losail lebih berpihak kepada kuasa aras tinggi jentera Desmosedici.
Dengan tamatnya musim latihan ini, kelihatan setiap penunggang semakin memahami jentera masing-masing, dan setiap pasukan lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan jentera-jentera penunggang dan tindakan yang perlu diambil bagi mendapat kelebihan tambahan menjelang pusingan pertama MotoGP untuk musim 2017. Perlumbaan permulaan akan diadakan di litar yang sama namun tika 26 Mac 2017, mereka perlu melakukan segala yang termampu dan berjuang berhabis-habisan di bawah limpahan lampu di litar Qatar ini.
Teruskan bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini MotoGP.
Top gun nihhh
rossi mmg kena tapau ngan mamat ni thn ni
Keciknya rider
New champion? New legend in the making?…
Ada kemungkinan besar, marquez pn mcm cuak ngn dia. Haha