Naza Premira Menyelaraskan Operasi Jualan dan Servis Selepas Jualan

  • Piaggio, Vespa dan Aprilia akan ditempat dibawah satu fasiliti di Naza Automall, Petaling Jaya

  • Ruang Pameran Konsep Piaggio Motoplex dan Pusat Teknikal Naza Premira Technical Centre untuk servis selepas jualan

Naza Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi Piaggio, Vespa dan Aprilia di Malaysia telah menyelaraskan operasi jualan mereka di bawah satu bahagian di Ruang Pameran Konsep Piaggio Motoplex bertempat di Naza Automall, Petaling Jaya. Usaha ini telah dijalankan untuk meningkatkan lagi kualiti pengalaman kepada pelanggan untuk ketiga-tiga jenama motorsikal ini.

Naza Premira juga telah mengemaskinikan bahagian selepas jualan mereka bagi produk-produk dibawah Piaggio Group dengan penubuhan Pusat Teknikal Naza Premira yang juga bertempat di premis Naza Automall, Petaling Jaya. Pelanggan juga masih mempunyai pilihan untuk sebarang melakukan sebarang aktiviti selepas jualan seperti servis di mana pusat servis rasmi diseluruh negara.

Semua pusat servis rasmi terpilih telah diberi latihan teknikal yang lengkap dari Bahagian Selepas Jualan Naza Premira dan juga dari jurulatih teknikal dari Piaggio Asia Pasifik di Hanoi, Vietnam. Kesemua pusat servis telah dilengkapi dengan peralatan Piaggio Advance Diagnostic System (P.A.D.S) yang membolehkan mereka menjalankan analisis teknikal seperti memuat turun ECU, data penetapan semula, deprogram dan sebarang masalah teknikal yang lain.

Menurut Encik Farouk Faisal, CEO Naza Premira Sdn Bhd, beliau berkata “Dengan menyelaraskan segala aktiviti bahagian selepas jualan, kita telah mendapat banyak sokongan dari pusat servis rasmi di seluruh negara dengan adanya penambahan sebanyak 200% dalam permintaan alat ganti jenama dibawah nama Piaggio. Ketika ini, kami mempunyai jumlah alat ganti dan aksesori yang bernilai lebih RM2 juta dan RM300 ribu pada semua pengedar sah Piaggio.”

“Dengan initisiatif ini, kami dapat memastikan semua pelanggan akan senang hati apabilia membeli mana-mana produk kami dimana kami akan melanjutkan servis lengkap melalu bahagian jualan, selepas jualan dan juga alat ganti.”

Ruang Pameran Konsep Piaggio Motoplex akan dilancarkan secara rasmi di pertengahan tahun 2017 dimana jenama motorsikal Piaggio, Vespa dan Aprilia akan ditempatkan dibawah satu bahagian untuk kesenangan semua pelanggan lama dan juga baru di Malaysia.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

8 Replies to “Naza Premira Menyelaraskan Operasi Jualan dan Servis Selepas Jualan”

Leave a Reply