Boon Siew Honda Lancar 2017 Honda Wave Alpha MMC (Minor Model Change)

  • Rekabentuk luaran dan warna baharu: Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue)

  • Peningkatan prestasi bahan api

  • Diiktiraf sebagai EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) dan berpiawaian Euro3

Boon Siew Honda baru sahaja melancarkan model terbaru Honda Wave Alpha iaitu 2017 Honda Wave Alpha MMC. Model terbaru ini lebih bergaya, mesra alam serta cekap bahan api.

 

Wave Alpha MMC mempunyai sistem penapisan terkini yang dapat mengurangkan pelepasan gas-gas merbahaya ke alam sekitar dan pada masa yang sama dmeningkatkan prestasi secara keseluruhan. Model ini pasti mampu memenangi hati penunggang motosikal yang ingin memiliki motosikal berjenama premium dan penuh bergaya.

Wave Alpha MMC hadir dengan warna baru – Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue) dan warna-warna sedia ada seperti Hitam Mutiara (Pearl Magellanic Black) dan Merah (Vivacity Red). Kapcai terbaru dari Honda ini juga mempunyai perendam ekzos berkonsep sukan dan pemegang genggaman selesa (bagi jenis roda tuangan sahaja).

Harga saranan bagi Wave Alpha MMC dalam dua varian adalah dari RM4,535.74 (harga asas dengan GST) bagi jenis brek gelendong dan roda jejari dan RM4,927.94 (harga asas dengan GST) untuk model brek cakera dan roda tuangan. Model ini ditawarkan dengan dua tahun atau 20,000km jaminan kilang (mana-mana tiba dahulu).

Siri Wave Alpha telah menerima sambutan meriah secara berterusan sejak ia diperkenalkan ke pasaran Malaysia, November tahun lepas. Pencapaian tersebut menjadikan Wave Alpha sebagai peneraju pasaran dalam kategori sesaran enjin rendah. Penjimatan bahan api, tahan lasak serta harga mampu milik merupakan ciri-ciri utama model ini menjadi pilihan orang ramai. Oleh itu, Wave Alpha MMC yang dilancar hari ini akan terus memimpin Honda mengambil alih pasaran dalam kategori sesaran enjin rendah.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan keluaran terbaru dari Boon Siew Honda, anda boleh layari laman web utama Boon Siew Honda ataupun laman Facebook Boon Siew Honda.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

33 Replies to “Boon Siew Honda Lancar 2017 Honda Wave Alpha MMC (Minor Model Change)”

Leave a Reply