Peraturan Teknikal Akan Diperbaiki Bagi Memastikan Persaingan Sengit Dan Mencabar
Persaingan diantara dua jentera Supercub, Honda RS150R dan Yamaha 15ZR dalam kategori CP150 dijangka menjadi perhatian menjelang perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang akan berlangsung di Temerloh, Pahang pada 4 dan 5 Mac ini.
Dalam sesi ujian pra-musim yang berlangsung di Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC) baru-baru ini, prestasi kedua-dua jentera ini agak seimbang dengan tujuh pelumba terpantas mencatat masa yang tidak jauh berbeza.
Pendatang baharu kelas perdana, Onexox TKKR Racing, mengungguli sesi apabila naib juara kelas Wira 2016, Md Helmi Azman muncul pelumba terpantas dengan catatan 1’02.535s diikuti juara CP130 2017, Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Yamaha Maju Motor) yang mencatat masa 1’02.624s.
Pelumba baharu pasukan Hi-Rev Rapido SCK Racing, Fakhrusy Syakirin Rostam melakukan catatan ketiga terpantas dengan masa 1’02.910s.
Menurut pihak promoter kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM), pertukaran kategori ini merupakan satu cabaran besar kepada pasukan dan pelumba.
“Kami akan melakukan semakan semula tentang peraturan teknikal perlumbaan pada Mei dan Julai nanti untuk mengemaskini sebarang kelemahan yang ada,” jelas Ron Hogg, Pengarah SAM Sdn Bhd.
“Kelas CP150 ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan kategori CP130 sebelum ini. Setiap pasukan memerlukan masa sebelum mereka mendapatkan potensi sepenuhnya jentera ini. Semua pengurus pasukan bersetuju untuk mengadakan perbincangan semula tentang peraturan perlumbaan selepas Pusingan 4 dan Pusingan 7 nanti,” jelas Ron.
Tambah Ron, “Perkara seperti ini jarang dilakukan. Walau bagaimanapun, ia penting kerana apa yang dipraktikkan ketika ini adalah berpandukan teori. Keberkesanan peraturan teknikal ini dapat dinilai dengan lebih tepat apabila di litar. Objektif semakan semula ini adalah untuk memastikan perlumbaan lebih seimbang dan memastikan persaingan yang kekal sihat dan menarik.”
Tau gak Siapa Yang Sering Banget ngintipin profil Facebook kamu? Caranya Buka www. ikutshare .com jangan kaget ya ternyata adalah
Cc naik..litar pakai jalan awan..tgk tebing jalan seram dah
Nak tengok 125zr skali walaupun cc lain
Mane boleh…y15zr ade kasma daniel
Tggu modenas 150…
Demak xdk ka Cche Oon?
Demak kategori moto gp..cik chot jd rider.
Kah3… papui r lorenzo kena pukoi…..
Byk kelebihan y15 dalam trek ni..sohc dan handling yg baik.
Suzuki Assemblers Malaysia Belang mane?!?!?!?!
kilang dah tutup?
Kilang xtutup…stop production utk moto kecik ja.assemble moto besaq.spare part & servis maseh ada.start 1/3 dah pindah dr prai ke sg bakap