-
Triumph telah menandatangani perjanjian dengan Dorna
-
Enjin 600cc 4-silinder Honda akan digantikan dengan enjin 765cc tiga silinder
-
Enjin sama yang digunakan untuk motorsikal 2017 Triumph Street Triple
Setelah sekian lama ura-ura berkeliaran di laman web, Triumph telah disahkan sebagai pembekal enjin utama MotoGP dalam kategori Moto2 mulai 2019. Berita ini telah pun dibincangkan sejak beberapa bulan lepas tetapi Triumph berjaya menandatangani perjanjian bersama Dorna sebagai pengganti Honda dalam kategori Moto2.
Enjin yang akan digunakan dalam kategori Moto2 mulai 2019 adalah jenis 765cc, 3-silinder, DOHC 12 –injap yang digunakan untuk motor middleweight keluaran terbaru Triumph iaitu 2017 Street Triple. Enjin baru ini telah diambil dari Daytona 675 dengan tambahan kapasiti dan juga lebih 80 bahagian enjin yang baru.
Mengikut model RS (spesifikasi tertinggi Street Triple), enjin ini mampu menjana 121hp @ 11,700rpm dan tork maksimum 76.8Nm @ 10,800rpm. Spesifikasi yang akan digunakan untuk kategori Moto2 pastinya akan jauh berbeza dari yang tertera di atas.
Sejak 2010 lagi, kategori Moto2 telah menggunakan enjin 600cc yang diambil dari Honda CBR600RR. Pada masa tersebut, motorsikal jenis middleweight merangkumi pasaran terbesar dalam kategori motorsikal berkuasa tinggi dan Honda dapat menjana keuntungan yang tinggi lebih-lebih lagi dengan promosi melalui Moto2. Akan tetapi, kategori ini semakin sepi dengan adanya motorsikal berkapasiti lebih besar yang mampu dibeli dengan harga yang tidak jauh bezanya.
Sebab ini juga Honda tidak mengeluarkan CBR600RR terbaru bagi tahun 2017. Tanpa model untuk dijual, penggunaan enjin dalam Moto2 tidak dapat mempromosi apa-apa produk terbaru mereka. Keuntungan tidak akan tercapai jika promosi dilakukan untuk produk yang tidak ada untuk dijual.
Setelah membuat keputusan untuk tidak meneruskan usaha dalam Moto2, Dorna perlu mencari pengganti yang sesuai untuk meningkatkan populariti Moto2. Bagi ramai peminat, Moto3 dan MotoGP mendapat lebih banyak perhatian jika dibandingkan dengan Moto2.
Pada mulanya, Dorna inginkan enjin 675cc dari MV Agusta tetapi memandangkan syarikat ini sedang melalui masalah kewangan yang besar, perkara ini tidak mungkin akan berjalan dengan lancar. Ramai yang mempunyai idea dimana Triumph mempunyai enjin yang sesuai tetapi pengeluar motorsikal dari UK ini lebih fokus kepada jualan motorsikal moden klasik mereka daripada mana-mana penglibatan dalam sukan bermotor.
Akan tetapi, Triumph mengejutkan kami semua dengan berita ini. Tanggungjawab sebagai satu-satunya pembekal enjin kepada semua jentera Moto2 merupakan sesuatu yang amat besar. Jika enjin 765cc mereka dapat bertahan, kami pasti kategori Moto2 akan menjadi lebih menarik dan menarik lebih banyak perhatian dari peminat. Enjin tiga silinder 765cc? Menarik, sangat menarik.
Hazra Bamuchi
Mmg padu
Muhamad Umar patot ler
Lagenda engine ditelan zaman.. Kehebatan kejuteraan anak watan sudah dilupakan..
Ketahan mungkin menjadi isu
Laju ker? Pretasi perlumbaan ?
Honda enjin terbaik?
0.6 liter 4 cylinders redline berapa rpm? Engine baru ini redline berapa rpm ?
Bila nk keluar daytona 765r?
Ada unsure rasuah ni.. Meandangkan jentera terbaik jepun harus dicantas until membolehkan triumph menyambung nyawa
x baca ke bang, main langgor je
Tau.. Org putih mana boleh tengok mesin jepun mendominasi dunia. Design barat bentuk buruk.. Jepun punya up to date
Depa tak boleh ka guna enjin ikut pengeluar macam MotoGP?
Mesut Odin
harga dia pun ummpphh
Stahu aku 3 silinder crankshaft xstabil sbb dia run every 120degree utk stiap piston…
motogp patut amik mu kije dgn depa le yop
Che Mark
Nape la modenas tak dapat projek ni..huhu
Mau 30 tahun plak berkampung kt europe
Kahkah.. 50 tahun laa berkampung..
Rizal aboh
ni kire blh test skill joki la ni..sape lg power
Mohamad Amin
Kalau ada org asia lebih sikit, mula la tukar rule, tukar mcm2. Dr tennis, golf, formula 1, gimnastik, semua la. Terkini, moto2.
org europe mmg cmtu.. diorng nk bangsa diorng je conquer sume.. x pyh competition la, baca majalah diorng pn dh ckup.. tgk diorng punya review mmg bias gila.. kalo mesin2 europe sume dok puji melangit.. kalo mesin2 japan manjang nk kritik je, tu x kene ni x kene.. kalo mesin europe sume perfect10.. haha..
x baca artikel ke bang.. main tuduh je
Dah khatam 2 kali dah. Apa kaitan komen aku dgn artikel? LOL.
Proton tak nak sponsor enjin ke? kehkeh
Tulah, dulu kr3 dah ada. Dululah, zaman 2t…
Kamal Efendi Che Latif
Muhd Wafi Irsyad Sham ni yg den kato tu triumph ganti Honda nnt untuk enjin moto 2
Tak sedap ah bunyi pasni…. hmm bunyi 3 cylinder 🙁
Dulu kita punya, lani bangga pon tak guna
Kita tengok saja Encik Fazly
Fuhh… Kn best klau ad motor 3dapur bawah 30k?.. Merdu sikit bunyik atas jalan..
3 in line tu
Khairul Anwar
Sama engine mcm street triple 2017?
enjin daytona 675r
Mohd Faizal
lawa ekzos dia
Pejai Rais
Syed Helmi
Triumph yg tak masuk WSBK atau MotoGP boleh dapat kontrak supply enjin Moto2. Ada unsur rasuah/kroni/racist ke?
Satu persoalan
X kesah la…janji ade klainan…kot bunyi lain ke…hehe
kemampuan syarikat tu boleh reka enjin moto2.. lagipun nk masuk race championship ni mmg budget besar.
bkn sng2 motoGP nk lantik satu2 manufacturer utk jd engine supplier.. mcm ada sesuatu je… hehe.. dri sudut lain kalo korng perhatikan, dh berapa lama mesin jepun mendominasi motoGP dgn WSBK.. blom kira lg race competition yg lain mcm british superbike, TT race dll.. hanya rider/joki je dri europe, mesin2 yg selalu naik podium mostly mesin japan.. ada sedikit curiga gk di situ.. tkut2 diorng nk naikkan mesin2 europe plak kn.. dri segi teknikal tu x tau la, maybe triumph punya engine efficiency.. 4 dapur ke, 3 dapur ke, dua2 ada kelebihan.. 😀
Actually xdak apa yg nak pening pun. Sbb honda mmg nak stop production 600cc so motogp kena cari supplier baru. Tender dibukak dan Kawasaki, Mv Agusta dgn Triumph berminat. Dpt plak kat Triumph. Lagipun ramai team Moto2 complain enjin 4 silinder sgt lebar. So dpt 3 silinder drpd Triumph sedikit sebanyak membantu la dr segi design. Lagipun dgn enjin kapasiti yg lebih besar boleh jadi sebagai preparation rider moto2 utk kelas motoGP
Triumph sapot underwear gadis2 litar moto 2, tu yg dpat kontrak supply enjin
Ini bukan malaysia kita nak wat persoalan macam ni. Err…anyway boleh start kaji history triumph tu macam mana dulu.
Kadang-kadang sebuah firma tak perlu pun untuk menyertai perlumbaan untuk menjadi pembekal engine. Triumph mempunyai pengalaman dan kepakaran teknikal yang besar dalam pembangunan engine, dan secara design, engine 3 silinder adalah lebih kompak dan memudahkan penyelenggaraan.
Anyway honda fikir dia xmahu sah nak continue lepas 2018. So, kawasaki dan mv agusta join triumph untuk dapatkan tender tu. Yang kita tender pun mestilah tau banyak dari segi teknikal perlumbaan.
enjin triumph disupply utk satellite team shj ke admin?
Semua jentera Moto2 mulai 2019
ok tq
Bagaimana dgn ktm di moto2 2017?