TuneBoss Lancar Tiga ECU baru untuk Yamaha R25, Yamaha Lagenda 115Z dan Honda RS150R

  • Tuneboss ECU untuk tiga model motorsikal popular

  • Dibuat oleh FSR Technology, Syarikat 100% milik rakyat Malaysia

  • Produk TuneBoss juga terdapat di Thailand, Philippines, Vietnam, Eropah dan Mexico

FSR Technology baru sahaja melancarkan tiga TuneBoss ECU baru untuk tiga model popular di Malaysia iaitu Yamaha R25, Yamaha Lagenda 115Z dan Honda RS150R. Ketiga-tiga ECU baru dari TuneBoss boleh didapati pada hujung bulan ini.

TuneBoss sekarang mempunyai 10 ECU khas untuk model motorsikal berbeza di dalam dan luar negara termasuk Yamaha FZ150i dan Yamaha Y15ZR. Kesemua produk ECU dari TuneBoss adalah jenis “Plug-and-Play” tanpa memerlukan sebarang tambahan wayar kompleks.

Pengguna ECU dari TuneBoss dapat memberi tambahan kepada prestasi motorsikal dengan pilihan tetapan yang berbeza. Pemetaan (mapping) boleh dimuat turun dengan percuma dari laman web TuneBoss. Pengguna dapat membuat pelarasan sendiri dari segi campuran bahan api dan udara dan juga masa percikan spark plug untuk prestasi optimum motorsikal.

Apa yang membuat TuneBoss unik dan istimewa ialah setting yang dapat dibuat tanpa wayar melalui aplikasi TuneBoss Manager yang boleh dimuat turun dengan percuma. ECU Tuneboss boleh disambungkan melalui Bluetooth dan menerusi aplikasi TuneBoss Manager, pengguna dapat mengubah tetapan dengan hanya menggunakan telefon atau tablet.

TuneBoss juga menawarkan “Racing Package” yang boleh menggunakan fungsi tambahan seperti Quick Shifter, Launch Control dan banyak lagi untuk kegunaan dalam litar perlumbaan. Anda hanya perlu membuat pembayaran kepada pengedar TuneBoss untuk mendapat kod kunci tanpa perlu menambah lagi bahagian ECU yang lain.

“Race Package” dari TuneBoss telah terbukti dalam litar perlumbaan dari pengalaman mereka dalam Malaysia Superbike Championship (MSC) dan juga perlumbaan yang lain seperti KBS-MAM Kapcai Endurance Race pada tahun lepas. Produk mereka juga akan digunakan oleh pasukan TKKR Racing dalam perlumbaan Cub Prix 2017 (Yamaha Y15ZR) dan Asia Road Race Championship (ARRC) untuk jentera Yamaha R25.

FSR Technology juga telah menyampaikan hadiah utama bagi peraduan Lucky Draw Facebook kepada pemenang sewaktu pelancaran tadi. Hadiah utama merupakan sebuah Honda RS150R dilengkapkan dengan ECU TuneBoss kepada Encik Muhammad Zulhanif Bin Hamidon.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang FSR Technology dan produk TuneBoss, anda boleh layari laman web utama TuneBoss atau laman Facebook FSR Technology.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

126 Replies to “TuneBoss Lancar Tiga ECU baru untuk Yamaha R25, Yamaha Lagenda 115Z dan Honda RS150R”

  1. syabbas kpd anak tempatan kerana mencipta jenama yg mampu bersaing d arena global… persoalan nya, mana kita nak dptkan produk ini?.. adakah ada wakil jualan seluruh msia?… ka ada website utk pembelian secara online?… mohon pencerahan drpd pihak berwajib. tq…

  2. syabbas kpd anak tempatan kerana mencipta jenama yg mampu bersaing d arena global… persoalan nya, mana kita nak dptkan produk ini?.. adakah ada wakil jualan seluruh msia?… ka ada website utk pembelian secara online?… mohon pencerahan drpd pihak berwajib. tq…

  3. syabbas kpd anak tempatan kerana mencipta jenama yg mampu bersaing d arena global… persoalan nya, mana kita nak dptkan produk ini?.. adakah ada wakil jualan seluruh msia?… ka ada website utk pembelian secara online?… mohon pencerahan drpd pihak berwajib. tq…

Leave a Reply