Galeri Gambar Rasmi: Kawasaki Ninja 650 ABS 2017 di Malaysia – jentera 68PS 2-silinder – RM38k (spesifikasi penuh disertakan)

Keseimbangan dan menarik, Kawasaki Ninja 650 serba baru ini mempunyai enjin berkembar selari 650cc dengan tumpuan julat rendah-pertengahan yang kuat dan pakej casis ringan dan tirus serta jentera kelas kuasa bagi kategori model kuasa pertengahan. Rekaan yang menguatkan imej keluarga Ninja mencerminkan ciri yang sangat anggun serta menyediakan pilihan alternatif kepada penunggang yang lebih gemarkan motosikal berfairing penuh.  

Wajah agresif Ninja 650 ini direka dengan bentuk fizikal yang tirus dan padat, khas untuk memberikan imej motosikal yang ringan, lincah serta mencerminkan prestasi sporty.


Enjin berkembar selari yang menarik ini menawarkan tindakbalas yang cepat, prestasi julat rendah-pertengahan yang kuat dan tahap ekonomi bahan api yang cemerlang.
Penyejukan cecair, DOHC, 8-injap 649cc berkembar selari dengan suntikan bahan api mampu menyampaikan kuasa dengan lancar, prestasi yang responsif, terutamanya dalam julat rpm rendah dan sederhana. Tumpuan kepada kuasa tahap rendah meletakkan model ini untuk penunggangan sporty, begitupun boleh diterjemahkan kepada ciri-ciri mesra penunggang yang memudahkan kawalan dan membangkitkan keyakinan kepada penunggang baru.
Salah satu komponen utama untuk merealisasikan berat Ninja 650 baru menjadi lebih ringan, adalah kerangka serba baru yang seberat hanya 15kg. Komponen rangka keluli tegangan tinggi mengikuti garisan yang ideal dan garisan bingkai diperbuat selurus mungkin, dengan sudut-sudut telah dibuat sekecil mungkin, menyebabkan rekaan yang menyebarkan tekanan dengan sangat baik. Faktor ini banyak menyumbang kepada pengendalian menarik Ninja 650.
Ninja 650 dilengkapi dengan unit ABS Bosch 9.1M yang melengkapkan brek cakera kelopak depan berkembar bersaiz 300mm dan cakera tunggal belakang yang bersaiz 220mm. Ini membolehkan kuasa membrek yang optimum di samping menyumbang kepada imej sporty jentera ini. Gabungan angkup hadapan dwi-piston, silinder induk dan pad brek menawarkan sentuhan brek yang hebat dan kawalan terbaik.
Penyerap hentakan hadapan teleskopik bersaiz 41mm dipadankan pada model ini untuk bertindak balas terhadap setiap ketidaksempurnaan permukaan jalan raya bagi mengasingkan motosikal kesan daripada hentakan keadaan jalan seperti itu.
Sementara itu, suspensi belakang “back-link” jenis mendatar berada di kedudukan rapat dan atas lengan ayun untuk merendahkan pusat graviti motosikal.
Ninja 650 ini menggunakan KLAC “Assist and Slipper” yang berbeza daripada klac standard. Ia mempunyai dua aci yang membolehkannya beroperasi serentak atau berasingan. Dengan aci “Assist” ini, ia mengurangkan jumlah bebanan spring klac dan dengan itu, menyebabkan tuil tarik klac yang terasa lebih ringan apabila digunakan. Dalam hal keadaan penurunan gear yang pantas atau yang tidak dapat dielakkan, aci “slipper” akan berfungsi untuk memaksa hub klac dan plat, beroperasi secara berasingan. Ini akan mengurangkan tekanan ke atas plat klac dan mengurangkan pantulan kembali tork serta membantu mencegah tayar belakang dari melompat atau melantun ketika tunggangan ekstrim memasuki selekoh.
Meter pelbagai fungsi yang bergaya dipadankan ke Ninja 650 baru ini. Reka bentuk instrumen yang canggih mempunyai takometer analog besar diapit oleh lampu amaran di satu bahagian, dan penunjuk kedudukan gear dan skrin LCD pelbagai fungsi di bahagian yang lain. Penunjuk kedudukan gear meningkatkan ketepatan dan keyakinan penunggangan, di samping mengenengahkan imej sporty jentera Ninja 650 ini.
Satu ciri baru yang boleh didapati di Ninja 650 ini adalah ketinggian tempat duduk yang serendah 790mm dan casis tirus yang memudahkan kaki untuk jejak ke permukaan jalanraya. Ini membolehkan penunggang pelbagai ketinggian untuk menikmati Ninja 650 dengan lebih yakin.
Motosikal ini juga dilengkapi dengan cermin pelindungan angin depan sporty boleh laras, yang mempunyai tiga kedudukan yang meliputi jarak 60mm.

Satu lagi ciri yang boleh membangkitkan keterujaan peminat-peminat adalah lampu belakang LED yang menyala dalam bentuk “X”, turut serta menyumbang kepada imej jentera sport.

Dibina dengan bar pemegang hadapan berasingan, menyumbang kepada kedudukan yang agak menegak bagi Ninja 650 ini. Ini direka untuk membangkitkan keyakinan serta meletakkan penunggang dalam kedudukan yang ideal untuk kawalan, kedudukan yang selesa dan semula jadi, sesuai untuk pelbagai kategori penunggang.
Ninja 650 serba baru ini didatangkan dengan gaya hebat dan akan menarik minat penunggang-penunggang baru dan serta gujakan yang lebih berpengalaman untuk mencubanya. Ninja 650 serba baru ini boleh didapati dalam dua skim warna iaitu, Hijau dan Jingga.

Harga untuk Kawasaki Ninja 650 adalah dibawah RM38,000 seperti dimaklumkan oleh KMSB semasa pelancarannya.

Spesifikasi Teknikal Kawasaki Ninja 650 2017
ENGINE
Type : Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin (2-silinder selari)
Displacement : 649 cm3
Bore and Stroke : 83.0 x 60.0 mm
Compression ratio : 10.8 : 1
Valve system : DOHC, 8 valves
Fuel system : Fuel injection: ø36 mm x 2 with dual throttle valves
Ignition : Digital
Starting : Electric
Lubrication : Forced lubrication, semi-dry sump
FRAME
Type : Trellis, high-tensile steel
Wheel travel : Front : 125 mm
Rear : 130 mm
Tyre : Front : 120/70ZR-17M/C (58W)
Rear : 160/60ZR-17M/C (69W)
Caster (rake) : 24.0O
Trail : 100 mm
Steering angle (left/right) : 32O/32O
DRIVETRAIN
Transmission : 6-speed, return
Final drive : Chain
Primary reduction ratio : 2.095 (88/42)
Gear ratios : 1st : 2.438 (39/16)
2nd : 1.714 (36/21)
3rd : 1.333 (32/24)
4th : 1.111 (30/27)
5th : 0.966 (28/29)
6th : 0.852 (23/27)
Final reduction ratio : 3.067 (46/15)
Clutch : Wet multi-disc, manual
SUSPENSION
Front : Type : ø41 mm telescopic fork
Rear : Type : Horizontal Back-link with adjustable preload
BRAKES
Front : Type : Dual semi-floating ø300 mm petal discs
Caliper : Dual piston
Rear : Type : Single ø220 mm petal disc
Caliper : Single-piston
PERFORMANCE
Maximum power : 50.2 kW {68 PS (67.07HP)} / 8,000 min-1
Maximum torque : 65.7 N.m {6.7 kgf.m} / 6,500 min-1
DIMENSIONS
Overall length : 2,115 mm
Overall width : 740 mm
Overall height : 1,135 mm
Wheelbase : 1,410 mm
Ground clearance : 130 mm
Seat height : 790 mm
Curb mass : 193 kg
Fuel capacity : 15 litres


Sumber: Rasmi dari Kawasaki Motors Sdn Bhd kepada emel kami

13 Comments

Leave a Reply