KAWASAKI VERSYS – X 250: SEBARANG JALAN, BILA BILA MASA.
Motosikal Kawasaki Versys-X 250 menggabungkan gaya motosikal pengembaraan besar dengan jentera touring yang kecil. Versys-X adalah satu model “touring” yang berkebolehan untuk digunakan pada sebarang permukaan jalan/laluan dengan prestasi model-model Versys daripada Kawasaki sebelum ini yang berkeupayaan digunakan di atas jalan yang tidak berturap. Motosikal ini didatangkan dengan penyerap hentakan yang panjang, “handle bar” yang lebar dan kedudukan pelana yang rendah, kebolehan prestasi sebuah jentera silinder berkembar manakala aksesori tulen yang memenuhi kehendak pengembaraan atau keperluan berulang-alik dalam bandar. Menyedari keperluan untuk motosikal dengan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan apa-apa pelbagai jalan raya di Malaysia, Kawasaki telah memilih untuk mereka bentuk motosikal yang boleh menangani memenuhi ini – Versys-X 250.
Kerangka jenis “tulang belakang” yang sangat teguh dan serba baru ini telah direka untuk mengendalikan gegaran dan hentakan, yang menyumbang kepada keupayaan pengunaan di jalan/laluan tidak berturap – Versys-X 250. Kerangka kukuh juga dapat menyokong penumpang dan bagasi, membuat Versys-X 250 sebagai rakan touring yang berkemampuan. Dipadankan bersama-sama dengan penyerap hentakan yang panjang, membolehkan Versys-X 250 untuk ditunggang dengan penuh keseronokan dalam pelbagai situasi, sama ada di jalan raya yang penuh dengan lubang-lubang atau jalan kampung.
Ia dipersiapkan dengan roda 19” di depan dan 17” untuk roda belakang jenis “jejari” untuk memberikan keupayaan yang lebih baik pada jalan yang tidak berturap berbanding dengan model-model Versys yang lain, yang lebih fokus kepada penunggangan jalanraya biasa.
Tambahan pula, Versys-X 250 dilengkapi dengan enjin berkembar selari 249cc yang cekap ditala untuk menghasilkan kuasa lancar pada rpm rendah dan sederhana serta pecutan yang kuat pada rpm tinggi.
Struktur fizikal Versys-X 250 dan gaya pengembaraan mengagumkan ini memberikan penampilan seolah jentera yang lebih besar.
Berbeza dengan model Versys lain yang lebih fokus kepada penggunaan jalanraya berturap, reka bentuk lasak daripada Versys-X 250 kelihatan sangat sesuai di suasana luar bandar dan jalanraya pelbagai keadaan. Juga diilhamkan oleh model pengembaraan, Versys-X 250 mempunyai gabungan reka bentuk pelindung atas yang tinggi dan cermin depan bersaiz besar yang menyediakan perlindungan angin yang menambah faktor keselesaan penunggangan jarak jauh dan pada masa yang sama menyumbang kepada penampilan gaya pengembaraan.
Pengawalan yang tinggi dan keselesaan untuk tunggangan jarak jauh juga kesan rekaan Versys-X 250 yang tirus, kedudukan menunggang menegak dan hendal bersudut lebar. Dilengkapi pelana penunggang yang selesa, ruang tempat duduk belakang yang luas dan bar pemegang pembonceng yang ergonomik membolehkan keselesaan untuk si “dia”. Pelana belakang yang rata, dan berserta dengan pembawa rak barangan menawarkan pletfom yang sangat baik untuk menempatkan bagasi.
Versys-X 250 ini juga didatangkan bersama dengan peralatan meter pelbagai fungsi yang bergaya yang mempunyai takometer analog besar diapit oleh lampu penunjuk di satu sudut, dan penunjuk kedudukan gear dan pelbagai fungsi skrin LCD di bahagian yang lain. Sebagai faktor penambahan, peralatan ini menawarkan perasaan menunggang sebuah motosikal premium setanding dengan model yang lebih besar dan lebih mahal. Sebagai pelengkap kepada gaya pengembaraan, Versys-X 250 mempunyai tangki bahanapi bersaiz 17liter dengan reka bentuk yang tirus yang memudahkan penunggang untuk menjejakkan kaki ke permukaan jalan dengan mudah.
Berdasarkan maklum balas daripada teknologi perlumbaan, Klac jenis “Assist dan Slipper” yang menggunakan dua jenis cam untuk memandu clutch hub dan cakera operasi secara serentak atau berasingan. Ketika operasi biasa, cam “assist” bertindak sebagai mekanisme servo tunggal, menarik hab klac dan cakera operasi bersama- sama untuk memampatkan plat klac. Ini membolehkan jumlah beban spring klac dikurangkan, menyebabkan tuil klac yang lebih ringan ketika pengendalian klac. Apabila enjin brek berlebihan berlaku – akibat penurunan gear dengan cepat atau secara tidak sengaja – cam “slipper” bertindak memaksa “hub” klac dan cakera operasi terpisah. Tayar belakang dapat dielakkan dari melompat dan tergelincir kesan daripada pengurangan lantunan tork dengan melegakan tekanan ke atas plat klac.
Motosikal berkonsep sport yang terkini sering menggunakan saiz badan pendikit besar untuk menjana tahap kuasa yang tinggi kerana lebih banyak udara boleh disediakan ke dalam enjin sekali gus meningkatkan potensi pembakaran lengkap berlaku yang kemudiannya bertukar kepada kuasa.
Apabila penunggang tiba-tiba membuka pendikit, kemasukan secara tiba-tiba tindak balas tork adalah agresif dan sering lebih daripada kebolehan pengendalian penunggang. Teknoloji injap pendikit berkembar ini adalah rekaan untuk menjinakkan sentapan tindakbalas enjin di samping menyumbang kepada prestasi yang lebih efisyen. Pada model dengan injap pendikit berkembar, terdapat dua injap pendikit setiap silinder sebagai tambahan kepada injap utama, yang secara fizikal disambungkan kepada pemulas pendikit dan dikawal oleh penunggang itu sendiri. Sementara itu, set kedua injap, dibuka dan ditutup oleh ECU, kawalan aliran pengambilan udara yang lebih tepat untuk memastikan, tindak balas mendatar yang semula jadi. Dengan laluan udara melalui badan-badan pendikit menjadi lebih lancar, kecekapan pembakaran dalam kuasa yang lebih baik dan bertambah. Seperti teknologi Kawasaki pengurusan enjin lain, “Dual Throttle Valves” telah direka dengan falsafah “menuruti tindakan penunggangnya, sambil memberikan sokongan elektronik tetapi dirasai seolah ianya seiring dan tidak berbalah.” Teknologi ini banyak dipaparkan pada model-model Kawasaki yang lain.
Menggunakan kawalan elektronik ketepatan tinggi untuk pengurusan enjin, model Kawasaki boleh mencapai tahap yang tinggi kecekapan pengunaan bahan api. Walau bagaimanapun, penggunaan bahan api sangat dipengaruhi oleh penggunaan pendikit, pemilihan gear, dan elemen-elemen lain di bawah kawalan penunggang. Penunjuk Penunggangan Ekonomi adalah fungsi yang menunjukkan apabila keadaan menunggang dengan penggunaan bahan api yang rendah . Sistem ini berterusan memantau penggunaan bahan api, tanpa mengira kelajuan kenderaan, kelajuan enjin, kedudukan pendikit dan syarat menunggang lain.
Versys-X 250 menggesa anda untuk menjadi pengembara, menikmati jenis pelbagai jalanraya dan laluan di Malaysia, dan pada masa yang sama menikmati keselesaan yang tersedia. Hanya menunggang dan bersedia untuk terpesona dengan kemudahan yang datang bersamanya.
Versys-X 250 boleh didapati dalam satu warna sahaja, “Lime Green”.
Harga 2017 Kawasaki Versys-X 250 adalah dibawah RM25k (asas termasuk GST)
Spesifikasi Teknikal Kawasaki Versys-X 250 2017
Harap cukai motor 250cc ke bawah dkurangkan …. Supaya senang mat despatch n budak pizza guna..
Biar betul 34PS,,lagi power dari Ninja 250 dan Z250 cuma 32PS
Berapa silinder moto malaya?
Xnak bgtau sbb dlm artikel dah ada ???
Oloh,,gitu lalu dia
Tunggu lepas raya cina apa chita
Info meter dia..menarik..ada gear indicator..tayar mgkin bole tukar tubeless..
Biskut Biskut Riang
Honda rally 250 cun. Tunggu masuk Malaysia ja.
Ok2….ambik honda….betul2x….ada tgk ari tu….
Kawasaki ni memang xder meter minyak ker? Haha,,
Kesian kawan tolak motor tepi jalan. Haha.
Hahahaha….kalau signal api minyak kuar….moto boleh pegi 23KM…..hehehe….kawasaki x buat….sebab benda tu…pelampung selalu patah…heheheheheh
..moto..off road….
Yg ni pun xda meter minyak ni. Touring ni. Bahaya xder meter minyak. Motor sekarang guna sensor lah. Xder guna pelampung dah. Haha…
So….kena jual moto aku tu….hahahahah….
Trade in la klu dapat. Blh lagi harga 13K motor mu tu. Haha.
Tunggu honda rally 250 kuarr
Arif Jemaan..Sesuai dgn demo ni
Perh rim 19 inci,blh sampai ke kaki org yg tinggi alang2 tu???
fuhh , kalo bole modi rendahkan , boleh jadi “all in 1″(ninja + z) , baru sesuai untk rider bwah 165cm . Rim depan 19 tukar 17 + fork pkai Ninja + handle Z , nak meroket pun tak segan sangat
african twin junior?
Tunggu benelli trk 502 bulan 4 .. harga lebih kurang cb500…
Penin jg pikir nk amik.. sbb harga honda cb500x bru rm26k
Roadtax motor 300cc keatas semua mahal2 , 250cc je rm50
X pa sethn sekali ja… Byar ansuran bln2 sama.. Cash pun sama.. Gaya lebih n laju ckit
Cb500x laju ke hehehe
26k ? 2nd hand dpat la , kalo baru/2016 35.4k(abs) .
Cb500x bkn 30k ke otr
Laju la ckit… Nak laju lg yahabusa
Mohd Affendi bkn hayabusa ke?? Maaf newbie
Saja nak test minda ..hihihi sambil2 gurau
180kmj top seped laju la tu, nk menten lamo2 ka seped ter
Pangkal brape ribu kalo pkai cb ni
Rim tu tiubless ka MotoMalaya
Tak dapat dipastikan tetapi biasanya dgn rim lidi, tube type.
5) Rim dan tayar pelbagai guna Rim bersaiz 19 inci di depan dan 17 inci di belakang menawarkan pengendalian lebih baik pada jalan tidak berturap berbanding model Versys lain. Ia disumbangkan menerusi tayar tiub pelbagai guna bersama padanan corak bunga sesuai dengan tugasnya sebagai jentera kembara. – Sumber Sinar Turbo .
pg sunny cycle die leh kasi tubeless rm500 tahan bertahun2
Amir Si Tonjang..baca sikit..
Fahmi Hasan bli
tunggu suzuki
sama
Xpa nanti kita pakai rim rxz rim gto rim ar..
#hobikamimahal
Sahibul Helmi Suhaimi Wan Mohd Faiz
Zaki Tok MJ
baru 250 je….
Sesuai utk pdrm
Ini kelakar
Tinggi rider 179cm sesuai tak untuk motor ni?
Terlebih sesuai
179cm tuan dh boleh handle ktm 990 adventure dengan cukup selesa.
Dh ada ktm duke ni, xnak la ktm lg, lgpun lesen b2 je haha
Bukan…sebagai perbandingan motor adventure saja tuan…saya buat laa dengan model yg plg tinggi..
Saya pengguna kapcai…tp saya byk baca ttg motor2 adventure ni
Pling mudah klu nk cri moto…cuba try naik…
Aiii cantik ni tp kaki tak sampai la???
One day..
Teringin nak pakai
Bani Fatah