Kelas Celik Yamaha di SMK Bukit Rahman Putra – siap dilengkapi bengkel Yamaha

Hong Leong Yamaha Malaysia Sdn Bhd (HLYM) kini menaja ‘Kelas Celik Yamaha’ di SMK Bukit Rahman Putra di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (SEIP).

HLYM menyediakan bengkel automotif di SMK Bukit Rahman Putra yang mampu memberikan pembelajaran automotif yang lebih praktikal dengan kelengkapan dan peralatan professional. HLYM juga memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam kepakaran automotif mereka untuk menyediakan siri program yang sistematik.  

Sejak dari 2001, SEIP telah menyediakan 16 kelas integrasi memuatkan 105 orang pelajar dan 19 orang guru.Penajaan HLYM di SMK BRP ini adalah selepas kerjasama sebelum ini dalam acara Yamaha Safety Riding Science Campaign (YSRS) dan Environmental Management System (EMS).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]