Jentera jalanan ini telah diperkenalkan pada Oktober 2016 di acara Intermot, Cologne dan kali ini sedia untuk dipasarkan pada tahun hadapan. Yamaha MT-09 hadir dengan enjin menumpukan kuasa pada peringkat pertengahan dengan daya kilas yang kuat dan dari itulah nama ‘MT’ terhasil, iaitu ‘Master of Torque’.
Versi kemaskini untuk 2017 ini dapat dilihat pada penggunaan lampu LED baharu berkembar berbeza dengan model 2016 yang menggunakan lampu tunggal, namun versi MT-09 Tracer (di Malaysia pun ada) hadir dengan lampu berkembar.
Enjin masih lagi menggunakan konfigurasi yang telah terbukti berkesan iaitu enjin 847cc 3-silinder 4-lejang CP3 (CrossPlane 3-cylinder) yang mampu memberikan kuasa sebanyak 115PS pada putaran enjin 10,000RPM dan daya kilas yang banyak pada ukuran 87.5Nm pada 8,500RPM. Walaupun mempunyai kuasa dan daya kilas yang sama seperti MT-09 tahun 2014, enjin ini menepati piawaian EU4.
Suspensi hadapan terbalik bersaiz 41mm dan boleh dilaras sepenuhnya memberi lebih kawalan kepada anda untuk mengubahnya mengikut kesesuaian tunggangan.
Rangka jentera MT-09 ini adalah cukup padat dengan menjadikan enjin CP3 itu sendiri sebagai penanggung tertekan (stressed member) tanpa memerlukan spar/tiub berkembar yang besar.
Terdapat 3-tahap pelarasan tunggangan yang anda boleh pilih samada untuk karakter enjin menjadi lembut atau agresif. Pelarasan ini dinamakan D-Mode. Selain itu, bantuan elektronik Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Sistem Brek Anti-kunci (ABS) juga ada pada jentera ini untuk memastikan kawalan yang lebih baik pada keadaan sukar.
Jentera jalanan Yamaha MT-09 ini telah berjaya mencipta keseronokan baru dalam segmen 3-silinder yang berdaya kilas tinggi dan dengan harganya yang sepadan, pastinya senang melihat jentera ini di jalanraya berhampiran.
Nota: Tiada makluman samada jentera MT-09 versi 2017 ini akan masuk Malaysia atau tidak.
Engine
Engine type | 3-cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valves |
Displacement | 847 cm³ |
Bore x stroke | 78.0 mm x 59.1 mm |
Compression ratio | 11.5 : 1 |
Maximum power | 84.6 kW (115PS) @ 10,000 rpm |
Limited power version | N/A |
Maximum torque | 87.5 Nm (8.9 kg-m) @ 8,500 rpm |
Lubrication system | Wet sump |
Clutch type | Wet, Multiple Disc |
Fuel system | Fuel Injection |
Ignition system | TCI |
Starter system | Electric |
Transmission system | Constant Mesh, 6-speed |
Final transmission | Chain |
Fuel consumption | 5.5 l/100km |
CO2 emission | 127 g/km |
Chassis
Frame | Diamond |
Front suspension system | Telescopic forks |
Front travel | 137 mm |
Caster angle | 25º |
Trail | 103 mm |
Rear suspension system | Swingarm, (Link type suspension) |
Rear travel | 130 mm |
Front brake | Hydraulic dual disc, Ø 298 mm |
Rear brake | Hydraulic single disc, Ø 245 mm |
Front tyre | 120/70ZR17M/C (58W) (Tubeless) |
Rear tyre | 180/55ZR17M/C (73W) (Tubeless) |
Dimensions
Overall length | 2,075 mm |
Overall width | 815 mm |
Overall height | 1,120 mm |
Seat height | 820 mm |
Wheel base | 1,440 mm |
Minimum ground clearance | 135 mm |
Wet weight (including full oil and fuel tank) | 193 kg |
Fuel tank capacity | 14 L |
Oil tank capacity | 3.4 L |
Sumber: https://www.yamaha-motor.eu/uk/products/motorcycles/hyper-naked/mt-09.aspx?view=featurestechspecs