Satu sesi ujian jentera Honda CBR250RR telah dijalankan oleh sahabat kita di Indonesia iaitu Taufik dari TMCBlog untuk menguji pelbagai aspek jentera ini.
Salah satu aspek yang diuji adalah kelajuan maksima (top speed) CBR250RR ini kerana dikatakan jentera ini adalah menumpukan kepada prestasi bukan kepada pengurangan kos seperti mana pengeluar lain.
TMCBlog melaporkan bahawa kelajuan maksima ini adalah dalam 166-170km/j dan ini adalah konsisten dalam setiap ujiannya.
Itu saja yang anda nak tahu kan?
Tetapi, berdasarkan laporan Taufik lagi, masih lagi terdapat sedikit ‘nafas’ dari enjin ini yang belum dieksplotasi sepenuhnya dan mungkinkah kelajuan maksimanya melebihi 170km/j jika ada peluang pada jalan yang lebih panjang dalam keadaan sesuai?
Sumber: http://tmcblog.com/2016/12/19/dicoba-di-sirkuit-dalam-mode-sport-honda-cbr250rr-konsisten-raih-top-speed-di-atas-166-kmjam/