2017 Yamaha Jupiter MX King 150 grafik baru di Indonesia

Yamaha Indonesia telah mengemaskini jentera moped 150cc mereka iaitu Jupiter MX King atau Y15ZR di Malaysia. Paling menampakkan perubahan adalah pada warna Racing Blue ini dimana tempat duduknya diwarnakan dengan warna yang setara iaitu warna biru juga. Warna Racing Blue ini adalah warna yang biasa, bukan warna edisi istimewa kerana versi GP masih ada juga. 

Edisi istimewa Yamaha Jupiter MX King 150 hadir dengan grafik yang berasaskan jentera dalam perlumbaan MotoGP iaitu YZR-M1 dalam pasukan Movistar Yamaha.

Terdapat juga warna lain iaitu warna merah, Red King.

Hitam pun ada dengan nama Drift Black.

Warna pun cantik juga dengan kombinasi hitam dan garisan hijau pada rim sukan. Speedy Silver nama pilihan warna ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]