Bosch Diberi Anugerah Teknologi Keselamatan oleh ASEAN NCAP bagi Sistem Keselamatan Motosikal

1-simong-song-managing-director-of-bosch-receiving-an-award-from-david-ward-secretary-general-of-global-ncap-far-left-and-professor-dr-wong-shaw-voon-chairman-of-asean-ncap-middle

Bosch telah dianugerahkan dengan “Anugerah Teknologi Keselamatan: teknologi motosikal inovatif untuk penunggangan selamat” oleh New Car Assessment Program for Southeast Asian Countries(ASEAN NCAP).

bosch_side-view-assist-sva-for-motorcycles

Anugerah ini diiktiraf atas usaha berterusan “Two Wheeler & Powersports” dari Bosch dalam inovasi menunggang yang lebih selamat dengan teknologi dua roda seperti sistem motosikal anti-kunci brek (ABS), kawalan kestabilan motosikal (MSC), dan bantuan pandangan sisi (SVA). 

bosch_motorcycle-stability-control

Sistem-sistem ini telah dipaparkan bersama sesi demonstrasi semalam sewaktu kempen Global NCAP #StopTheCrash di Sepang International Circuit (SIC).

bosch-motorcycle-abs-demo_1

Bosch merupakan syarikat yang membekalkan sistem elektronik kepada beberapa jenama motorsikal terkemuka seperti BMW Motorrad, Ducati dan juga KTM. Antara sistem yang paling penting yang dibekalkan oleh bahagian “Two Wheeler & Powersports” dari Bosch adalah sistem ABS motorsikal (anti-lock braking system).

br_ducatieicma2016_-24

Asia Tenggara merupakan pasaran motorsikal ketiga terbesar di dunia dan permintaan untuk ciri-ciri keselamatan menunggang semakin meningkat. Ini kerana lebih 21,000 kemalangan kenderaan roda dua maut dicatatkan di Indonesia dan Thailand setiap tahun.

Malaysia pula mempunyai kadar kematian ketiga tertinggi dengan sekitar 18 kematian jalan raya direkodkan setiap hari pada tahun 2015. Lebih daripada 60 peratus kemalangan jalan raya tersebut melibatkan penunggang motosikal.

dsc_0047

Mengikut kajian penyelidikan kemalangan Bosch, hampir satu perempat daripada kemalangan boleh dicegah dengan adanya ABS. ABS mencegah roda dari mengunci dan membenarkan penunggang kekal dalam kawalan motosikal dan bertindak lebih cepat ketika membrek.

bosch_motorcycle-abs-legislation

Di Eropah, semua motorsikal lebih dari 125cc wajib ada sistem ABS sejak awal 2016. Undang-undang yang sama akan digunakan di Jepun dan India mulai 2018 dan di Taiwan mulai 2019.

br_kawasakieicma2016_-22

Sistem ABS terbaru dari Bosch iaitu ABS 10 telah direkabentuknya khusus untuk memenuhi syarat-syarat pasaran baru muncul. Model motorsikal pertama yang akan menggunakan sistem ABS terbaru ini ialah Kawasaki Versys X 300. 2018 Suzuki GSX S125 juga akan menggunakan sistem ABS 10 terbaru dari Bosch.

bosch-motorcycle-abs-demo_4

Simon Song, pengarah urusan Bosch Malaysia mengulas, “Harapan kami adalah bagi kerajaan meluluskan satu rang undang-undang bagi ABS dijadikan standard kepada kenderaan roda dua baru memandangkan motosikal merupakan salah satu pengangkutan popular di negara ini. Kami percaya bahawa undang-undang sebegitu boleh membantu mengurangkan secara  drastik kadar kematian permotoran di Malaysia”.

Dengan ini, pihak kami telah menyediakan beberapa fakta berkenaan kepentingan sistem ABS untuk motorsikal dan juga meningkatkan lagi faktor keselamatan kepada penunggang.

Kepentingan Sistem ABS untuk Motorsikal

1)Anda boleh memendekkan jarak brek dengan adanya ABS pada motorsikal

2016-11-29-17-26-page-1

Dengan kehadiran sistem ABS pada motorsikal, anda boleh lihat jarak yang diperlukan untuk berhenti menggunakan motorsikal yang ada ABS adalah lebih pendek jika dibandingkan dengan motorsikal yang tidak mempunyai ABS.

Sistem ABS dari Bosch telah direka khas supaya motorsikal dapat diberhentikan secepat mungkin tanpa mengunci tayar hadapan (locking). Ini dapat meningkatkan lagi kestabilan dan daya pergerakan pada motorsikal dan juga menyenangkan penunggang untuk mengelak sebarang halangan semasa kecemasan.

2) ABS meningkatkan lagi prestasi motorsikal

2016-11-29-17-26-page-2

Sistem ABS pada motorsikal bukan sahaja meningkatkan lagi keselamatan motor malah ia juga mampu menambahbaikkan prestasi motor anda juga. Tanpa sistem ABS, sistem-sistem lain tidak mampu digunakan seperti “Rear-Wheel Lift Mitigation”, sistem yang mengawal tebatan tayar belakang dan juga sistem-sistem elektronik yang lain. Selain itu, Bosch juga telah menghasilkan sistem ABS untuk kegunaan “off-road”.

3) Sistem ABS tidak boleh dipasang sendiri oleh pihak pengguna

bosch_motorcycle-abs

Sistem yang sangat sensitif ini tidak boleh dipasang sendiri oleh pihak pengguna. Ini kerana setiap motorsikal adalah berbeza dari segi ciri yang membuatkan setiap sistem ABS yang dipasang oleh pengeluar motorsikal adalah unik bagi setiap motor.

Bosch telah menekankan betapa pentingnya bagi pihak pengguna untuk membuat pilihan yang penting supaya membeli motorsikal yang mempunyai sistem ABS ini. Walaupun pilihan ini mungkin sedikit mahal, keselamatan anda jauh lebih berharga.

4)Anda tidak perlu menukar gaya menunggang anda untuk sistem ABS

dsc_0096

Gaya tunggangan di jalan raya tidak memainkan peranan yang besar kerana sistem ABS ini telah direkabentuk untuk paling menolong sewaktu kecemasan. Walaupun begitu, Bosch tetap menekankan bahawa penunggang lebih peka dengan persekitaran ketika menunggang.

5) Sistem ABS adalah sangat ringan dan tidak mengacau kestabilan motorsikal

 bosch_technical-evolution-of-abs

Dengan kemajuan teknologi, sistem ABS terbaru adalah amat kecil dan ringan. Sistem ABS terbaru dari Bosch untuk motorsikal hanya dalam 0.45kg sahaja. Berat ini tidak akan membawa sebarang kesan yang drastik kepada motorsikal tersebut.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]