2017 Kawasaki Versys-X 250 benar-benar wujud

Setelah beberapa lama saya membaca mengenai ura-ura kewujudan Versys dengan kapasiti enjin 250cc, saya tidak terfikir Kawasaki perlu mengeluarkan model ini kerana Kawasaki sudah ada banyak pilihan jentera 250cc dalam pelbagai kategori.  Lihat sahaja Ninja 250, Z250,  Ninja 250SL, Z250SL dan KLX250.  Namun,  jangkaan saya meleset kerana Kawasaki ingin menguasai pasaran 250cc ini dengan adanya Versys-X 250.

Versys adalah singkatan yang bermaksud ‘Versatile System’ untuk sifatnya yang boleh digunakan samada di atas jalan atau di luar jalan biasa. Rim yang digunakan adalah rim keluli yang mana lebih lentur untuk menyerap hentakan yang ada dalam keadaan jalan yang tidak menentu. Pilihan untuk menggunakan rim keluli adalah untuk membolehkan jentera masih mampu bergerak sekiranya rimnya bengkok sedikit akibat terlanggar sesuatu yang mungkin ada di jalanan anda. Jika dibandingkan dengan penggunaan rim aloi (sport rim), berkemungkinan rim akan patah dan perjalanan tidak dapat diteruskan lagi.

Kawasaki Versys-X 250 ini juga hadir dengan versi Tourer dimana dilengkapi dengan kotak,  pelindung tangan dan beberapa aksesori lagi.

Paparan meternya nampak mewah dengan paparan digital bersama-sama meter putaran enjin analog.

Suspensi belakang dimantapkan dengan sistem Uni-Trak yang sesuai untuk pelbagai jenis hentakan daripada jalan-jalan yang bervariasi.

Melihat kepada cara pemasaran daripada Kawasaki Malaysia, tidak mustahil jentera ini akan diperkenalkan di Malaysia pada masa terdekat ini.

  • Liquid-cooled
  • 4-stroke Parallel Twin
  • DOHC 8-valve
  • Digital Fuel Injection
  • 249 cm3
  • 6-speed

Sumber: https://www.kawasaki-cp.khi.co.jp/mcy/street/17_kle250cde_gallery_e.html

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]