2017 Ducati 1299 Panigale Superleggera – Jentera 2 silinder Paling Berkuasa

br_ducatieicma2016_-24

Ducati baru sahaja melancarkan Panigale terbaru mereka di EICMA (Milan Motorcycle Show) 2016 iaitu Ducati 1299 Panigale Superleggera.

br_ducatieicma2016_-21

Ducati telah menyatakan bahawa Ducati 1299 Panigale Superleggera merupakan jentera 2 silinder yang paling ringan, berkuasa dengan aplikasi kejuruteraan yang paling radikal.

br_ducatieicma2016_-15

Penggunaan gentian karbon sangat meluas dalam reka bentuk Panigale ini pada reraub (fairings), kotak angin, ‘sub frame’, lengan ayun sesisi dan juga rim.

br_ducatieicma2016_-16

Dari semua penambahbaikan ini, Ducati telah berjaya mengurangkan berat sebanyak 40% dari 1299 Panigale yang biasa. Jumlah berat kering Panigale Superleggera ini adalah hanya 156kg sahaja.

Jika anda ingin tahu betapa ringan jentera terbaru Ducati ini, berat motorsikal moped Honda RS150R ialah 123kg. Beza berat antara kedua-dua Ducati 1299 Panigale Superleggera dan Honda RS150R hanya 33kg sahaja!

br_ducatieicma2016_-17

Enjin yang digunakan pula ialah 1,285cc Superquadro L-Twin yang mampu menjana kuasa maksimum 215hp. Walalaupun enjin ini merupakan enjin 2 silinder yang paling berkuasa keluaran Ducati, ia juga menepati piawaian Euro 4.

br_ducatieicma2016_-19

Tidak banyak perubahan dari segi rupa luaran. Ducati masih mengekalkan penggunaan warna merah dan putih tetapi skema warna untuk model kali ini lebih kemas dan cantik dari model-model istimewa dan terhad yang lain. Perubahan paling ketara yang dapat dilihat ialah ekzos kembar ala WSBK.

br_ducatieicma2016_-23

Dari segi elektronik, terdapat banyak penambahbaikan yang telah diilhamkan dari jentera MotoGP milik Ducati iaitu Desmosedici GP16. Antaranya ialah Ducati Power Launch, Bosch cornering ABS, quick-shifter (untuk penukaran gear atas dan bawah), kawalan brek enjin, Ducati Wheelie Control EVO, Ducati Slide Control dan banyak lagi. Motorsikal ini juga mampu sistem untuk menganalisis data dan juga sistem GPS.

br_ducatieicma2016_-20

Sistem suspensi yang telah dipilih untuk 1299 Panigale Superleggera pula datang dari Öhlins. Öhlins FL936 fork terbalik di bahagian hadapan dan Öhlins TTX36 untuk bahagian belakang dengan penggunaan spring titanium.

br_ducatieicma2016_-18

Sistem brek Brembo M50 kaliper monoblok dan TT290P1 alas brek menjadi pilihan untuk menghentikan ‘peluru berpandu’ ini dengan senang dan selamat.

br_ducatieicma2016_-22

Jika anda berniat untuk membeli salah sebuah Ducati 1299 Panigale Superleggera ini, hanya 500 unit akan dikeluarkan dan setiap jentera berharga €80,000! (lebih kurang RM 384823.32).

Walaupun anda mempunyai jumlah wang yang banyak dan masih juga ingin membeli ‘hyperbike’ ini, bersiap-sedia untuk berasa kecewa kerana kesemua 500 buah telah dijual sebelum diperkenalkan kepada orang ramai.

Galeri gambar 2017 Ducati 1299 Panigale Superleggera @ EICMA 2016 Milan, Italy (sumber utama: Bikes Republic)

br_ducatieicma2016_-24 br_ducatieicma2016_-23 br_ducatieicma2016_-22 br_ducatieicma2016_-21 br_ducatieicma2016_-20 br_ducatieicma2016_-15 br_ducatieicma2016_-16 br_ducatieicma2016_-17 br_ducatieicma2016_-18 br_ducatieicma2016_-19

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]