Selain dari jentera reraup penuh, Suzuki GSX-R150, Suzuki turut memperkenalkan GSX-S150 dalam kategori jalanan yang tampak ringkas namun masih cukup mengujakan bagi peminat jenama dari Hamamatsu ini. Jentera ini berkongsi enjin yang sama dengan Suzuki GSX-R150. Melihat kepada kebangkitan pasukan Suzuki ECSTAR dalam siri perlumbaan MotoGP, tidak mustahil Suzuki akan bangkit sekali lagi di Asia dan meniti di bibir peminat sekalian.
Terdapat 4 pilihan warna termasuk warna dengan grafik khas yang menyamai pasukan Suzuki ECSTAR. Jentera ini menerima enjin berkapasiti 147.3cc dengan kotak gear 6-kelajuan. Setakat ini tiada maklumat mengenai kuasa kuda dan daya kilas.
Suzuki GSX-S150 ini dilengkapi dengan sistem penghidup mudah panel meter sepenuhnya digital mempunyai pelbagai data untuk dipaparkan termasuklah penunjuk kedudukan gear yang bagi saya, penting.
Jentera ini telah dilancarkan di Indonesia dan tidak dapat dipastikan samada akan masuk ke Malaysia atau tidak. Paling kurang, dapat tengok pun jadilah kot.
Dimension, Weight | |||
---|---|---|---|
Over all length (mm) | 1,975 | 1,975 | |
Over all width (mm) | 670 | 674 | |
Over all height (mm) | 1,070 | 1,070 | |
Wheelbase (mm) | 1,300 | 1,300 | |
Seat height (mm) | 785 | 785 | |
Ground clearance (mm) | 150 | 150 | |
Riding capacity (people) | 2 | 2 | |
Dry weight (kg) | 126 | 127 | |
Engine | |||
Engine type | Water-cooled, 4-stroke | Water-cooled, 4-stroke | |
Valve system | DOHC 4-valve | DOHC 4-valve | |
Number of cylinder | 1-cylinder | 1-cylinder | |
Engine displacement (cm3) | 147.3 | 147.3 | |
Fuel system | FI | FI | |
Transmission | 6-speed, return | 6-speed, return | |
Starter system | Electric | Electric |
Nota: Admin dah tulis artikel ini kat sini, dan cuba kemaskini tak dapat pula. Jadi, kena tulis artikel baru untuk Suzuki GSX-S150.
Sumber: http://suzukigsxrs150.com/