Yamaha kembali seperti biasa setiap tahun dengan mengemaskini grafik pada jentera-jenteranya dan kini model YZF-R3 mendapat grafik yang lebih segar. Terdapat 3 pilihan warna bagi pengguna di Amerika Syarikat iaitu warna Race-Blu, hitam dan warna putih.
Walaupun jentera R3 tidak masuk ke Malaysia, perubahan pada grafik ini mungkin akan tiba juga ke Malaysia sebagai satu kemaskini kepada model YZF-R25.
Warna biru di Amerika Syarikat ini lebih ringkas tanpa mengenakan grafik dari jentera YZR-M1 yang digunakan dalam perlumbaan MotoGP. Tiada perubahan mekanikal yang ada pada 2017 yang mana jentera ini masih dikuasakan dengan enjin sama 321cc DOHC silinder selari berkembar.
Sumber: https://www.yamahamotorsports.com/supersport/models/yzf-r3