2017 Honda VTR Edisi Khas di Jepun – retro 250cc V berkembar


Satu jentera dengan konfigurasi enjin 250cc yang agak jarang-jarang ditemui iaitu V berkembar (V-twin) hadir dari Honda untuk peminatnya pada 21hb Oktober ini. Honda memperkenalkan sejak 1982 dan meneruskan hayatnya dengan model Honda VTR Special Edition


Konfigurasi enjin V pada 250cc tidak berapa digemari oleh ramai pengeluar kerana kosnya yang tinggi dan tidak berbaloi untuk membuatnya pada saiz 250cc kerana biasanya pengguna 250cc lebih senang memilih jentera yang lebih murah untuk dibeli and diselenggara. Lihat saja Kawasaki dengan strategi Ninja 250SL dan Z250SL yang mempunyai silinder tunggal.

Namun, ada pengguna 250cc yang sebenarnya menginginkan jentera 250cc yang ‘super premium’ dan mahu berbelanja lebih, mungkin kerana tidak meminati enjin besar atau tidak mahu menaiktaraf lesen mereka. Apapun alasan pengguna ini, Honda telah menjadikan mimpi mereka ini satu kenyataan. Hanya untuk sang pemimpi di Jepun ya.

Sumber: Young Machine FB dan http://www.honda.co.jp/news/2016/2161020-vtr.html

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]