Brosur 1980an Honda NS400R – enjin V3 387cc 2-lejang

1980s-honda-ns400r-003

Siri NS dari Honda merupakan siri jentera yang mempunyai enjin 2-lejang. Ini dapat dilihat dalam penggunaan nama NSR500 yang telah digunakan dalam MotoGP pada satu masa dahulu. Manakala siri CB, samada CBR, CBX, CBF dan sepertinya, merujuk kepada siri jentera dengan 4-lejang.

NS400R ini dikeluarkan bermula pada 1985, dan hanya bertahan sehingga 1987, iaitu 2 tahun sahaja dalam pengeluarannya.  

1980s-honda-ns400r-002

Jentera siri MotoGP menjadi asas kepada pembinaan NS400R dimana ia dikuasakan dengan enjin 387cc 2-lejang dengan konfigurasi 3-silinder dalam bentuk V. Kuasa maksimum yang dapat dijana oleh enjin ini adalah 59PS @ 8,500RPM.

1980s-honda-ns400r-01

Berat keseluruhan jentera ini adalah 163kg (kering) dengan rangka ‘twin-spar’ yang diambil dari asas NS500.

Satu jentera yang menarik dari Honda pada satu masa dulu.

Spesifikasi Honda NS400R

Enjin: 387cc V3 2-lejang

Kuasa: 59PS @ 8,500RPM

Brek depan: cakera berkembar

Brek belakang: cakera tunggal

Kapasiti tangki petrol: 19L

Tayar depan: 100/90 16

Tayar belakang: 110/90 17

Jarak roda: 1385mm

Berat: 163kg (kering)

Sumber: RIDE – https://www.facebook.com/halumotoride/posts/637005096460439

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]