Syarikat Kawasaki telah bermula pada 1896 dengan penubuhan Kawasaki Shipyard oleh Kawasaki Shozo. Oktober 2016 ini merupakan ulangtahun ke-120 mereka. Kawasaki ingin menyambut perayaan ini dengan dua mesin terpantas mereka iaitu H2R dan jet pejuang Hien yang telah digunakan semasa Perang Dunia ke-2.
Kawasaki telah membaik pulih pesawat Hien ini di kilangnya di Gifu dan bercadang untuk mempamerkannya pada Oktober ini. Jet pejuang Kawasaki Hien ini dikenali juga dengan kod Ki-61 yang mirip dengan jet pejuang Messerschmitt Bf 109 dari Jerman. Maklumat lanjut mengenai jet pejuang Hien ini boleh didapati disini: https://en.wikipedia.org/wiki/Kawasaki_Ki-61
Kawasaki adalah jenama yang sangat fokus terhadap prestasi dan berusaha dengan sangat gigih untuk memastikan jenama mereka dikenali sebagai jenama terbaik dunia dan mungkin itulah sebabnya H2 dan H2R dicipta.
Sumber (bahasa Jepun): https://www.khi.co.jp/120th-Hien/#news