Ulasan: 2016 Honda Wave Dash vs Honda Wave Alpha review

 

Wave-Dash-vs-Wave-Alpha

Minggu ini, kami dapat peluang untuk membandingkan dua moped keluaran Boon Siew Honda untuk tahun 2016 iaitu Honda Wave Alpha dan juga Honda Wave Dash FI (Fuel Injection).

Pihak kami telah diberi peluang untuk mencuba kedua-dua jentera ini untuk beberapa hari dan jangkaan awal saya sedikit berbeza di hujung sesi uji pandu jangka panjang untuk kedua-dua motor ini.

Honda Wave Alpha ini telah dilancarkan pada November tahun lepas dengan reka bentuk yang telah dikemaskinikan dari model Wave 110 sebelum ini. Moped sukan Wave Dash FI pula yang dilancarkan pada Januari lalu adalah untuk menggantikan Wave Dash model lama keluaran Boon Siew Honda.

Pada tanggapan awal bagi kedua-dua motor ini dan juga spesifikasi masing-masing, Honda Wave Dash FI merupakan moped yang lebih baik TETAPI setelah menguji kedua-dua jentera, minat saya lebih kepada Honda Wave Alpha. Pelik tetapi benar.  HondaWaveDash001-006

Enjin

Terdapat beberapa persamaan antara moped-moped ini, yang paling ketara adalah jenis enjin yang digunakan. Kedua-dua motor ini mengunakan enjin yang sama iaitu sebuah enjin 109cc yang mampu menjana kuasa maksimum 8.3hp pada 7500rpm. Sedikit perbezaan hanya terdapat pada tork maksimum dimana Wave Alpha adalah 8.59Nm pada 5500rpm dan Wave Dash FI 8.42Nm pada 6000rpm.

Perbezaan yang paling ketara adalah Honda Wave Alpha masih menggunakan karburetor untuk menjalankan enjin 110cc ini manakala Honda Wave Dash ini telah mengemaskinikan sistem bahan api kepada jenis suntikan khas dari Honda iaitu PGM-FI (Programmed Fuel Injection).

Dengan penggunaan sistem suntikan bahan api ini, Honda Wave Dash FI telah berjaya meningkatkan anggaran jarak perjalanan ke 58.7km/liter. Ini adalah peningkatan yang besar jika dibandingkan dengan Honda Wave Alpha yang hanya mampu mengharungi 51.8km/liter. Namun, jika difikirkan semula, prestasi Honda Wave Alpha pada 51.8km/liter juga agak bagus.

HondaWaveAlpha-016

Reka Bentuk

Dari segi reka bentuk, terdapat perbezaan yang ketara antara moped-moped keluaran Boon Siew Honda ini. Berat kering Honda Wave Alpha adalah 94kg dan Wave Dash FI adalah 104kg. Perbezaan 10kg ini dapat dirasai ketika menunggang motor-motor ini pada peringkat awal.

Perbezaan berat ini berkemungkinan besar berpunca daripada segi reka bentuk moped-moped ini. Wave Dash FI ini mempunyai reka bentuk yang sangat cantik dan agresif jika dibandingkan dengan Wave Alpha yang kelihatan sedikit ‘biasa’ lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan reraub (fairing) ala-ala ‘racing’ yang terdapat pada bahagian hadapan Wave Dash FI ini.

HondaWaveDash001-013Speedometer yang terdapat pada Honda Wave Dash ini juga jauh lebih menarik bagi saya kerana jika dibandingkan dengan speedometer Honda Wave Alpha, walaupun terang tetapi reka bentuk agak lama dan biasa.

Dari segi keselamatan, Honda Wave Dash juga sedikit dihadapan berbanding Wave Alpha. Tempat letak kunci Honda Wave Dash mempunyai ciri keselamatan dimana jika anda kunci bar pemegang motor ini, tempat letak kunci akan ditutup secara automatik dan hanya boleh dibuka semula dengan bahagian belakang kunci motor tersebut.

Wave Dash FI ini juga mempunyai brek cakera di hadapan dan juga belakang (hanya untuk model Type R) dan Wave Alpha hanya mempunyai brek cakera di hadapan (hanya untuk model bersama rim sukan). Walaupun faktor ini membuatkan Wave Alpha sedikit berat, sistem brek moped ini lebih bagus, stabil dan selamat.

HondaWaveDash001-009Dari aspek reka bentuk yang lain seperti lampu isyarat, ekzos, lampu belakang dan lain-lain lagi, Honda Wave Dash FI memang kelihatan lebih moden, cantik dan agresif berbanding dengan Honda Wave Alpha. Ianya sangat sesuai bagi jiwa-jiwa muda.

HondaWaveAlpha-014Jarak Perjalanan (Anggaran)

Honda Wave Dash FI juga mempunyai kapasiti tangki minyak yang lebih besar iaitu 4 liter dimana Honda Wave Alpha hanya mempunyai tangki minyak berkapasiti 3.7 liter sahaja. Secara teori, Honda Wave Alpha mampu merentasi 191.7km (51.8km x 3.7 liter) dan Wave Dash FI sejauh 234.8km! (58.7km x 4 liter). Jika anda menunggang Wave Alpha ke arah selatan, minyak akan habis di sekitar kawasan Muar. Dengan Wave Dash FI pula, anda mampu bergerak lebih jauh sehingga Yong Peng sebelum minyak motor kering. Perbezaan 40km disitu!

(Nota: Ini hanya anggaran dari spesifikasi yang telah diberi oleh Boon Siew Honda. Pihak kami belum berkesempatan untuk mencuba teori ini. Harap maklum.)

HondaWaveAlpha-018Harga

Harga-harga yang ditawarkan untuk moped-moped ini bagi saya adalah agak berpatutan, lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga selepas GST. Bagi Honda Wave Alpha, harga yang ditawarkan adalah RM4,133 untuk model rim berlidi dan brek gelendang dan RM4,557 untuk model rim sukan dan brek cakera hadapan (harga-harga asas termasuk GST).

Honda Wave Dash FI pula terdapat 3 variasi berbeza. Type S (brek cakera hadapan sahaja) berharga RM5,299, Type R (brek cakera hadapan dan belakang) RM5,549 dan akhir sekali Type R edisi Repsol berharga RM5,699 (harga-harga asas termasuk GST).

Pandangan keseluruhan

Pada keseluruhannya, saya berpuas hati dengan kedua-dua moped ini. Ternyata masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, tetapi jelas ada peningkatan kualiti jika dibandingkan dengan model-model sebelumnya yang diganti.

Jika diberi pilihan, saya akan membeli Honda Wave Alpha. Walaupun secara keseluruhan Honda Wave Dash FI adalah moped yang lebih moden dan baik dari segi spesifikasi, Wave Alpha adalah moped yang lebih senang untuk dibawa dan juga lebih selesa.

Gegaran pada Wave Alpha jauh lebih kurang dari Wave Dash FI. Pada kelajuan 90km/h ke atas, terdapat gegaran pada kedua-dua moped tetapi gegaran pada Wave Dash FI ini lebih kuat dan membuat perjalanan lebih memenatkan dan kurang selesa. Walaupun reka bentuk Wave Alpha lebih ‘klasik’ berbanding dengan Wave Dash FI, ia lebih seronok untuk dibawa dan pengendalian lebih senang dan tepat.

Kedua-dua jentera hebat ini boleh didapati dimana-mana ahli niaga Boon Siew Honda dengan harga yang berpatutan.

Galeri Honda Wave Dash FI

Galeri Honda Wave Alpha

 

Nota: Artikel dari Sep Irran

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]