Suzuki telah menutup kilang pemasangan motosikalnya di Malaysia akibat dari permintaan yang lemah dan akan fokus untuk mengimpot motosikal dari Jepun sahaja.
Suzuki telah mengurangkan pengeluaran motosikalnya di Malaysia kepada 8,000 unit untuk tahun 2016 dimana jumlah ini adalah separuh dari pengeluarannya semasa 2013.
Usaha untuk meningkatkan kecekapan tidak berkesan disebabkan skala pengeluarannya yang kecil. Jadi, Suzuki Motor Corp (Japan), memilih untuk mengekspot sahaja motosikal berkuasa besar mereka untuk pasaran Malaysia.
Suzuki Motor Corp berhasrat untuk memasang sehingga 1.44 juta motosikal pada 2016. Setakat ini keuntungan mereka lemah untuk pasaran Asia dan sukar untuk meningkatkan penjualan.
Nota kaki: Wow, rasa macam menulis berita ekonomi pula. Admin sendiri pemilik Suzuki Nex dan sangat berpuas hati dengan kualiti dan prestasi dari motosikal Suzuki ini. Sangat sedih untuk melihat keadaan ini berlaku.
Sumber: Nikkei Asian Review