2016 HJC Helmet RPHA 11 Pro Spiderman dan Venom – USD599 (RM2,403.87)

RPHA11Venom-Top

Setelah memperkenalkan 3 helmet edisi khas dengan karakter Marvel; Iron Man, Captain America dan The Punisher, kini HJC Helmets hadir dengan dua lagi grafik karakter Marvel iaitu Spiderman dan antagonisnya, Venom.   

RPHA11Venom-SdLft

Kali ini, asas untuk helmet ini adalah dari model RPHA 11 Pro yang sememangnya lebih premium daripada 3 helmet sebelum ini yang menggunakan asas dari IS-17 dan CL-17. Harga RPHA 11 Pro juga lebih mahal iaitu USD599 (RM2,403.87 tukaran terus).

RPHA11Rd-Spiderman-top

Grafik ini direka supaya mirip kepada karakter sebenar Marvel dan ini dapat dilihat dengan grafik mata Spiderman dan Venom ini yang dilukis sehingga ke atas visor. Lukisan yang sebegini tidak biasa digunakan dan ini memberikan lebih aura ‘rare’ kepada HJC ini.

RPHA11Rd-Spiderman-left

Saya dapat membayangkan sekiranya pemakai helmet ini menggunakannya semasa tunggangan di litar dan dalam keadaan tunduk habis, tentunya cuma nampak ‘mata’ Spiderman jika dilihat dari depan. Selain dari gaya, keselamatan juga dapat dipertingkatan dengan helmet muka penuh HJC ini.

Hadir di pasaran pada Oktober 2016 ini.

Harga HJC Helmet RPHA 11 Pro dengan grafik Marvel ini USD599 (RM2,403.87)

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply