2016 Honda CBR500R (RM31,681.28), CB500F (RM31,363.28), CB500X (RM31,893.28) & CB500XA (RM35,391.28 ABS) kini hadir ke Malaysia

16YM CB500F
2016 Honda CB500F

Boon Siew Honda mengalu-alukan siri Honda 500 yang terkini dengan memperkenalkan ciri-ciri serba baharu dalam model CBR500R, CB500F dan CB500X model yang dinanti oleh pengguna Malaysia pada tahun 2016.
Enjin Honda 500 ini didatangkan dengan 471cc DOHC dengan system penyejuk cecair dwi selari yang menawarkan pengalaman terbaik kepada setiap penunggang. Gerek dan lejang model baharu ini direka pada saiz 67mm x 66.8mm telah dipertingkatkan lagi bagi menyalurkan kuasa iaitu 37KW @ 8,500RPM dan tork maksimum mencapai 44Nm @ 7,000RPM. Kapasiti tangki petrol juga telah dipertingkatkan untuk CBR500R & CB500R dari 15.7 liter ke 16.7 liter dan 17.5 liter untuk CB500X

16YM CBR500R
Lampu hadapan LED 2016 Honda CBR500R yang lebih sepet

Pada 2016, siri Honda 500 telah dilengkapi dengan pengunaan LED pada kedua-dua lampu hadapan dan lampu belakang termasuk bentuk baru yang lebih bergaya. Ciri keselamatan bagi model ini juga telah dipertingkatkan dengan dilengkapi system kunci “wave key”. Siri model Honda 500 terbaru kelihatan lebih agresif berbanding dengan model sebelum ini. Selain itu, ciri-ciri baru termasuk penyerap hentakan depan boleh laras dan brek hadapan boleh laras dengan 5 titik penyelarasan.

16YM CBR500R
Peredam ekzos untuk 2016 Honda CBR500R

Peredam ekzos baru direka dengan bentuk sporty untuk model CBR500R dan CB500F. Siri Honda 500 ini adalah contoh kepada produk Honda yang di reka dengan inovasi yang menawarkan prestasi yang kuat dan ketahanan yang boleh dipercayai. Mesin ‘mid range’ dilengkapi khas dengan ciri-ciri unik pada harga yang berpatutan. Kini, pengguna mempunyai pilihan untuk memilih di antara keseronokan memecut, dan juga keupayaan untuk kegunaan harian bagi siri Honda 500 ini. Dengan model Supersport, Naked Style and Adventure tersedia untuk pasaran dengan nilai yang sangat berbaloi dan menyeronokkan.

Siri Honda 500 menawarkan warna-warna:

16YM CBR500R
2016 Honda CBR500R

CBR500R – Merah, Hitam dan Trico

2016 Honda CB500F
2016 Honda CB500F

CB500F – Putih

16YM CB500X
2016 CB500X

CB500X – Merah, Hitam dan Putih

Harga Honda siri 500 (termasuk GST):
CBR500R RM31,681.28
CB500F     RM31,363.28
CB500X / CB500XA RM31,893.28 / RM35,391.28(ABS)

Galeri 2016 Honda CBR500R

 

Galeri 2016 Honda CB500F

 

Galeri Honda CB500X/CB500XA


Model ini dilengkapi dengan jaminan kilang untuk dua tahun atau 20,000km jarak perjalanan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]