2017 Scrambler Ducati Sixty2 diperkenalkan di Malaysia – enjin 41hp 399cc L-berkembar Desmodromic – RM49,999 (asas tidak termasuk GST)

30-03 DUCATI SCRAMBLER SIXTY2

Scrambler Ducati Sixty2 kini hadir ke Malaysia untuk memikat pemuda dan pemudi yang menginginkan kualiti Italy dalam pakej yang lebih mudah. Mengapa namanya Sixty2? Sixty2 merujuk kepada tahun 1962 iaitu tahun dimana model pertama Scrambler Ducati dilancarkan pada ketika itu, di Amerika Syarikat. Scrambler Ducati pada masa itu mempunyai kelebihan dari segi rangkanya yang bagus sehinggakan ada digunakan untuk perlumbaan. Namun pada masa itu, Scrambler Ducati hanya berkuasa 250cc.  SCR400cc-launch

Malaysia menerima jentera 399cc ini yang berkuasa 41hp @ 8,750RPM dan daya kilas 34.3Nm @ 7,750RPM. Lebih menarik kerana enjin ini bukanlah enjin yang biasa kita lihat pada kapasiti 399cc. Enjin ini adalah enjin yang sangat ikonik kepada Ducati kerana hadir dengan konfigurasi L-berkembar dengan teknologi injap Desmodromic. Mana nak cari konfigurasi macam ini pada jenama lain?

13-20 DUCATI SCRAMBLER SIXTY2

Enjin ini panggil L kerana kedudukan kedua-dua pistonnya adalah pada sudut 90-darjah.

18-15 DUCATI SCRAMBLER SIXTY2

Suspensi hadapan datang daripada Showa dengan diameter 41mm yang cukup untuk memberikan keselesaan kepada penunggangnya. Sistem brek hadapan adalah cakera 320mm dengan kaliper 2-piston. Manakala brek belakang cakera 245mm dengan hanya 1-piston. Oklah sebab jentera ini biasanya untuk perjalanan santai.

8-25 DUCATI SCRAMBLER SIXTY2

Pada bahagian belakang, Kayaba mengambil alih peranan suspensinya dengan kebolehan untuk ditala pra-muatannya.

14-19 DUCATI SCRAMBLER SIXTY2

Lebih penting kepada Scrambler Ducati Sixty2 adalah gayanya. Rekaan lampu hadapan yang bulat dengan tangki berbentuk air mata memberikan aura klasik dan retro namun masih malar hijau pada pandangan.17-16 DUCATI SCRAMBLER SIXTY2Tinggi bar pemegang yang disesuaikan untuk gaya tunggangan yang tegak dan memberikan lebih keselesaan.

12-21 DUCATI SCRAMBLER SIXTY2

Ekzos belakang diwarnakan hitam melengkapkan gaya retro yang ringkas. Tapi, nampak macam boleh mengumpul air hujan masa jentera ini diletakkan (biasa ada satu lubang kecil bawah ekzos untuk mengeluarkan air dalam ekzos).

1-33 DUCATI SCRAMBLER SIXTY2

Sememangnya Scrambler Ducati Sixty2 ini adalah satu jentera yang menarik dan menampakkan gaya klasik yang seronok dengan enjin L-berkembar Desmodromic yang ikonik.

Spesifikasi 2017 Scrambler Ducati Sixty2 specs

scrambler-sixty2-specs-ducati

Harga Scrambler Ducati Sixty2 adalah RM49,999 (asas tidak termasuk GST)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]