GoPro Mottorad GrandPrix Deutschland Moto3: Khairul Idham Pawi – Raja Litar Basah

khairul-idham-pawi-german-696x464

Raja Litar Basah – ini adalah satu gelaran yang patut diberikan kepada Khairul Idham Pawi (KIP). Semasa menyaksikan perlumbaan ini di kaca TV, saya banyak kali mendengar pengulas berkata mengenai KIP yang sangat mahir dalam litar basah. Mereka berkata “apabila hari hujan dan perlumbaan dalam keadaan basah, kita akan terfikirkan KIP”. Ini menunjukkan ramai telah bersetuju dengan kemahiran pengendalian motosikal dalam keadaan basah oleh KIP.

KIP bermula pada kedudukan 20 pada permulaan perlumbaan dan meneruskan kemaraannya kedudukan pertama dengan hanya 4 pusingan sahaja. Keberanian dan kemahirannya mengendalikan motosikal dalam keadaan hujan yang masih turun sememangnya tidak dapat ditandingi oleh pelumba lain.

Pada pusingan ke 14, KIP sedikit tersasar ke luar litar pada selekoh pertama, dan nampaknya beliau perlu untuk memperlahankan sedikit mesinnya. 

Pada perlumbaan berbaki 8 pusingan, jarak beliau dengan Andrea Locatelli adalah dalam 14 saat. Pada pendapat saya, strategi secara matematik boleh digunakan. Begini, sekiranya KIP memperlahankan jenteranya dalam 1 saat setiap pusingan, secara keseluruhannya beliau cuma akan ketinggalan 8 saat sahaja. Jadi, sekiranya 14 saat – 8 saat, masih ada jurang 6 saat berbanding KIP dan Locatelli pada pusingan terakhir. Ini cuma strategi selamat untuk keadaan yang basah, namun saya pasti KIP mesti lebih handal dalam membaca litar basah yang merupakan kepakarannya.

Tahniah KIP!!!

Keputusan Moto3 GoPro Motorrad Deutschland:

  1. Khairul Idham Pawi – Honda Team Asia
  2. Andrea Locatelli
  3. Enea Bastianini

Adam Norrodin – DNF

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]