2016 Yamaha MT-09 Tracer kini hadir ke Malaysia – RM 59,900 (asas)

yamaha_2015_mt09_tracer_035

Tanpa disangka-sangka dan dengan khabar yang cukup minimum, HLYM kini telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Yamaha MT-09 Tracer. Model ini dikuasakan dengan enjin 4-lejang 847cc 3-silinder dengan penyejukan cecair dan suntikan bahanapi. 

2016-Yamaha-MT09-Tracer-Malaysia-1009

Kuasa maksimum dari enjin CP3 ini adalah 84.6kW (115PS) @ 10,000RPM disertakan dengan daya kilas yang mantap pada 87.5Nm @ 8,500RPM. Hadirnya Yamaha MT-09 Tracer ini melengkapkan barisan Yamaha yang telah sedia ada dengan XJ6, MT-07, MT-09 dan XV950R (Bolt).

2016-Yamaha-MT09-Tracer-Malaysia-001

Gaya MT-09 Tracer ditingkat dengan penggunaan lampu berkembar dan disertakan dengan penghadang angin yang tinggi. Ini memastikan tiupan angin tidak menolak badan anda pada perjalanan jauh.

 

2016-Yamaha-MT09-Tracer-Malaysia-1008

Memandangkan model ini adalah CBU, maka sistem ABS dikekalkan dan ini sangat bagus untuk pengendalian motosikal yang lebih baik dalam keadaan yang sukar. TCS (Sistem Kawalan Traksi) juga ada pada MT-09 Tracer ini.

2016-Yamaha-MT09-Tracer-Malaysia-003

Berat keseluruhan model ini adalah 190kg dan dengan enjin 847cc, pengendaliannya tidaklah begitu sukar.

 

2016-Yamaha-MT09-Tracer-Malaysia-1012

Menarik juga rekaan grafik serat karbon pada sesetengah bahagian pada motosikal ini. Lihat saja pada bahagian tepi lampu ini, nampak kemas dan ganas.

 

2016-Yamaha-MT09-Tracer-Malaysia-1010
CP3 – CrossPlane 3-cylinder

Spesifikasi Teknikal Yamaha MT-09 Tracer

Engine

Engine type 3-Cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valves
Displacement 847 cm³
Bore x stroke 78.0 mm x 59.1 mm
Compression ratio 11.5 : 1
Maximum power 84.6 kW (115PS) @ 10,000 rpm
Maximum Torque 87.5 Nm (8.9 kg-m) @ 8,500 rpm
Lubrication system Wet sump
Clutch Type Wet, Multiple Disc
Carburettor Fuel Injection
Ignition system TCI
Starter system Electric
Transmission system Constant Mesh, 6-speed
Final transmission Chain

Chassis

Frame Diamond
Front suspension system Telescopic forks
Front travel 137 mm
Caster Angle 24º
Trail 100 mm
Rear suspension system Swingarm, (Link type suspension)
Rear Travel 130 mm
Front brake Hydraulic dual disc, Ø 298 mm
Rear brake Hydraulic single disc, Ø 245 mm
Front tyre 120/70ZR17M/C (58W) (Tubeless)
Rear tyre 180/55ZR17M/C (73W) (Tubeless)

Dimensions

Overall length 2,160 mm
Overall width 950 mm
Overall height 1,345 mm max 1,375 mm
Seat height 845 mm max 860 mm
Wheel base 1,440 mm
Minimum ground clearance 135 mm
Wet weight (including full oil and fuel tank) 210 kg
Fuel tank capacity 18 L
Oil tank capacity 3.4 L

2016 Yamaha MT-09 Tracer

2016 Yamaha MT-09 Tracer berharga RM59,900(asas tidak termasuk pendaftaran, nombor plet dan cukai jalan).

Hanya warna Race-Blu sahaja yang ditawarkan.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

127 Replies to “2016 Yamaha MT-09 Tracer kini hadir ke Malaysia – RM 59,900 (asas)”

Leave a Reply