2016 CMC Italjet 125 dilancarkan di Malaysia – RM6,996 (asas termasuk GST)

MM_Italjet125_Launch_-1

CMC Italjet 125 dibawakan oleh Chear Global Sdn Bhd sebagai satu kemunculan dalam kategori skuter bercirikan aura Itali. Pereka bagi Italjet 125 ini adalah Alessandro Tartarini menghasilkan karya indah ini dengan gabungan inovatif, futuristik dan sporty.

CMC Italjet 125 dikuasakan dengan enjin 125cc, 4-lejang 1 silinder berukuran 52.4 x 57.8 mm untuk gerek dan lejangnya. Kuasa yang mampu dijana oleh enjin ini adalah 6.6kW @ 8,000RPM dengan daya kilas maksima pada 8.6Nm @ 6,500RPMCMC-Italjet-125-LED Front Lights (Front)

Rekaan keseluruhannya memang menarik dengan aura Itali yang sangat terserlah terutamanya di bahagian lampu hadapan yang dikatakan mirip Ducati Panigale.

CMC-Italjet-125-Full FaceHelmet-in Compartment

Bahagian bawah tempat duduk mempunyai ruang yang besar cukup untuk memuatkan sebuah helmet muka penuh di dalamnya.

CMC-Italjet-125-Front and Rear Disc Brake

Aspek pembrekan pula diberikan tugas kepada sistem brek cakera untuk depan dan juga belakang.

MM_Italjet125_Launch_-2

Tangki petrol pula sangat besar dengan jumlah penuh isian pada 6.8 liter.

Secara peribadi, saya berharap ketahanan dan kualiti skuter ini diambil dengan sangat berat oleh pihak pengeluar agar pengguna dapat menggunakannya tanpa ragu-ragu malah boleh menyarankannya kepada kawan-kawan dan saudara-mara mereka.

Harga CMC Italjet 125 adalah RM6,996 (asas termasuk GST).

Thanks to Thoriq for the pics and news!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

66 Replies to “2016 CMC Italjet 125 dilancarkan di Malaysia – RM6,996 (asas termasuk GST)”

Leave a Reply