WSBK FASSI Malaysian Round – Litar dan cabaran kepada Pirelli

sepang-pirelli

Perlumbaan WSBK FASSI Malaysian Round merupakan siri perlumbaan pertama yang menggunakan litar Sepang yang baru sahaja selesai proses penurapan semula permukaan litarnya. Perubahan pada litar ini bukan sahaja dari permukaan litar yang baru, malah terdapat beberapa penambahbaikan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan Sepang Circuit.

Litar Sepang telah dibina pada 1999 dengan menggunakan khidmat arkitek Hermann Tilke yang telah berjaya menyiapkan litar Sepang ini dalam masa hanya 14 bulan.

Penambahbaikan dan pemodenan terhadap litar ini telah dijalankan untuk menjadikan litar Sepang lebih baik dan lebih bersedia untuk perlumbaan pada masa hadapan yang mungkin memerlukan peraturan yang lebih ketat dalam ciri-ciri dan spesifikasi litar.

Kerja-kerja yang telah dijalankan oleh pengurusan Sepang International (SIC) adalah penurapan semula secara menyeluruh, mengemaskini sistem pengaliran air dalam situasi litar basah, pembaikan kepada bonggol-bonggol (kerbs) dan juga pembaikan terhadap jalan keluar dari litar (escape routes).  

sepang-pirelli2Ini menjadikan litar Sepang sebenarnya seperti satu litar baru kepada Pirelli, walaupun Pirelli telah berpengalaman selama dua tahun dalam perlumbaan WSBK di Malaysia.

Litar Sepang yang baru diturap semula biasanya akan lebih kasar (abrasive) dimana ini akan memberi lebih cengkaman kepada tayar Pirelli. Litar Sepang sekarang mempunyai warna yang lebih gelap dan ‘bitumen look’, malah litar Sepang kali ini juga tidak akan hilang cengkaman seperti biasa walaupun dalam keadaan litar basah.

Warna yang lebih gelap pada litar Sepang akan memberikan cabaran baru kepada Pirelli kerana warna yang gelap ini akan lebih menyerap haba dan menyebabkan suhu litar akan menjadi lebih tinggi daripada tahun sebelumnya (2015). Namun begitu, suhu yang tinggi memungkinkan penggunaan tayar lembut (soft) Pirelli yang sememangnya sangat berkesan dalam keadaan cengkaman tinggi, suhu tinggi.

Selain itu, kecerunan pada beberapa selekoh juga telah ditambah untuk membolehkan pengambilan selekoh pada kelajuan dapat dibuat. Ini akan memberikan kesan kepada pelumba untuk mencari titik pembrekan yang baru, tidak seperti pada 2015.

Penurapan semula juga akan memberikan nafas baru kepada litar dengan keadaan litar yang lebih rata tanpa bonggol atau lubang kecil yang ada pada sebelum ini. Litar Sepang kini lebih rata dan membolehkan keyakinan kepada pelumba untuk memecut laju dan seterusnya mencipta rekod lap terpantas yang baru.

Sumber rujukan: Pirelli.com dan Pirelli Press Release

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

One Reply to “WSBK FASSI Malaysian Round – Litar dan cabaran kepada Pirelli”

Leave a Reply