Ulasan: Helmet Beon – ada gaya macam helmet pasukan penyelamat

Beon-Helmet-001.00

Beon adalah jenama berasal dari Netherlands. Barangan mereka di reka di Italy dan dibuat di China. Kami telah menguji satu helmet dari Beon ini yang mempunyai rekaan yang menarik.  Beon-Helmet-001.10

Helmet, seperti yang kita ketahui adalah satu dari peralatan keselamatan (safety gear), namun begitu ada pengeluar yang menambah elemen fesyen dan gaya dalam penghasilan helmetnya. Ini dapat dilihat dalam gaya keseluruhan helmet ini. Helmet Beon ini menggunakan gaya ‘open face’ dan mempunyai visor yang besar dan sedikit bergaya ‘bubble’.

Beon-Helmet-001.17

Bahagian dalaman helmet Beon ini sungguh selesa dan mempunyai warna cerah kulit yang sangat berbeza dengan helmet yang biasa kita guna yang selalunya berwarna gelap.

Beon-Helmet-001.34

Sistem penguncian helmet Beon ini cukup moden walaupun rekaannya klasik. Helmet ini sangat sesuai dipakai oleh penunggang Honda C70 dan Vespa (atau Demak).

Beon-Helmet-001.46

Satu perkara yang melucukan semasa saya memakai helmet ini adalah saya nampak seperti pasukan penyelamat dari cerita Ultraman. Pasukan TAC kot tak salah saya.

Anda boleh membeli produk Beon ini dari dealer Beon, kedai aksesori moto BIKEZON88, No.47,L EVEL 3 SKUDAI PARADE, Jalan Skudai, Johor. Anda juga boleh membeli secara online dengan LIKE pages mereka di FB ” https://www.facebook.com/BIKEZON88
atau whatsaap 016-7115454 (Mr.Kevin) untuk maklumat lanjut. Mereka boleh Pos item ke seluruh Malaysia.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

4 Replies to “Ulasan: Helmet Beon – ada gaya macam helmet pasukan penyelamat”

Leave a Reply