2016 Honda 300 TT Racer Concept – pelumba kopi retro moden

Honda-300-TT-Racer-Concept-2016

Rekaan ‘Cafe Racer’ (pelumba kopi?) merupakan satu rekaan yang sangat menarik dan saya boleh kategorikan sebagai malar hijau (evergreen). Walaupun nampak retro dan klasik, rekaan ini sangat sesuai sepanjang zaman. Bentuk motosikal yang pendek dan bar handel yang rendah menaikkan seri keganasan motosikal ini. 

2016-Honda-300-TT-Racer-Bangkok-004
Image by apipotoblog.com

Honda dengan ini memperkenalkan Honda 300 TT Racer Concept menunjukkan interpretasi Honda mengenai pelumba kopi ini pada tahun 2016. Teknologi berubah dan pelumba kopi ini juga menerima sentuhan gentian karbon pada ekor belakang dan sedikit pada tangki minyaknya. Sistem brek juga lebih baik dan paling penting untuk pelumba adalah ia mesti nampak kasar. Ekzos tanpa pelindung menampakkan aspek minimalism yang diterapkan dalam rekaan ini.

2016-Honda-300-TT-Racer-Bangkok-01
Image by apipotoblog.com

Enjin 300cc yang dipilih untuk dimuatkan kepada model ini bagi saya adalah cukup menarik. Ini boleh menarik lebih ramai penunggang muda kerana kuasanya tidak begitu besar. Selain itu, enjin 300cc ini akan memudahkan lagi ia diubahsuai dan semestinya tidak begitu memakan kos yang besar seperti model CX500.

Image by apipotoblog.com
Image by apipotoblog.com

Jika kena dengan harganya dan Honda benar-benar mengeluarkan motosikal ini, tidak mustahil 300 TT Racer ini boleh jadi Honda yang ‘best-selling’.

Sumber: Honda Japan & apipotoblog.com

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

49 Replies to “2016 Honda 300 TT Racer Concept – pelumba kopi retro moden”

Leave a Reply