Siri perlumbaan PIRELLI 250 & 300 Race Series menyediakan peluang terbaik untuk peminat motosikal menikmati pengalaman berlumba dengan keadaan yang terkawal di satu-satunya litar di Asia Tenggara iaitu Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Siri perlumbaan ini diuruskan oleh SBR Trackdays dan dikuasakan oleh Pirelli Malaysia, dijangka akan menerima 30 pelumba di grid. PIRELLI 250 & 300 akan berlangsung bersama-sama perlumbaan Malaysia Superbike Championship (MSC).
Siri ini menfokuskan kepada pelumba baru dan amateur yang sangat berminat untuk berlumba dalam satu kejuaraan yang kompetitif di litar bertaraf MotoGP tetapi dalam kos yang agak rendah.
Berikut adalah senarai yuran penyertaan dan jadual perlumbaan:
RM250 setiap pusingan (tidak termasuk GST)
RM1193 setiap musim (termasuk GST)
Kalendar perlumbaan :
Pusingan 1 & 2 – 22 hingga 24 Julai 2016
Latihan Bebas x 1 (30min)
Kelayakan x 1 (30min)
Perlumbaan 1 – 8 laps
Perlumbaan 2 – 8 laps
Perlumbaan 3 – 8 laps
Perlumbaan 4 – 8 laps
Pusingan 3 – 17 hingga 18 Sept 2016
Latihan Bebas x 1 (30min)
Kelayakan x 1 (30min)
Perlumbaan 1 – 8 laps
Perlumbaan 2 – 8 laps
Pusingan 4 & 5 – 2 hingga 4 Dis 2016
Latihan Bebas x 1 (30min)
Kelayakan x 1 (30min)
Perlumbaan 1 – 8 laps
Perlumbaan 2 – 8 laps
Perlumbaan 3 – 8 laps
Perlumbaan 4 – 8 laps
Pelumba-pelumba PIRELLI 250 & 300 Race Series ini akan menggunakan tayar Pirelli Supercorsa SC2 sebagai satu langkah pembangunan berterusan tayar ini dengan mengambil data dari siri perlumbaan demi meningkatkan lagi prestasi tayar Pirelli ini. Kaedah ini sebenarnya telah digunakan oleh Pirelli dengan menjadi penaja khas siri perlumbaan WSBK kerana bagi Pirelli, WSBK adalah lebih dekat dengan keadaan motosikal yang sebenarnya akan digunakan oleh pengguna.
Pada pendapat saya, kos perlumbaan ini adalah sangat rendah dimana akan akan mendapat 5 pusingan perlumbaan dengan jumlah keseluruhan laps sebanyak 80 pusingan dengan hanya RM1,193.
Namun begitu, kos persiapan jentera dan pasukan anda juga perlulah juga diambil kira.
Mungkin inilah masanya sekiranya, anda mempunyai kedai motor atau pasukan perlumbaan untuk menyediakan saingan di litar Sepang ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai PIRELLI 250 & 300 Race Series, bolehlah hubungi Cik Shirin Aziha di shirin @sbrtrackdays.com atau +6013-2029037.
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]
Langkah yg bagus utk kita mencari bakat baru yg akhirnya blh bersaing paling rendah pun di peringkat arrc. Ini telah pun dilakukan di Indonesia & Thailand dan lihatlah pelumba mereka biasanya mengusai kelas ini.
Ar Ace
mohon sedikit derma…hehehehe
Aku iringkan doa
Wang ringgit pon bole….sedekah….hehehe
Sani Adnan
Yes masuk.
100 pusingan dpt r25 sebijik. Aku pun nak meniaga mcm ni la. ‘sultan melaka tournament’. Unporn tongku. #jgnkecamsysyorgmelaka
Pusingan disini maksudnya ‘Round’ bukan ‘Lap’ #jgnkecamadmin
Comment sebelum membaca agaknya.
Ibrahim ‘Ibs’ Abd Rahman #jgnkecamdia =D