Pada musim 2015 yang lepas, Ducati telah muncul sebagai salah satu pasukan yang mampu mencabar pasukan teratas dalam MotoGP iaitu Yamaha dan Honda. Ducati mempunyai mesin yang berkuasa, malah sangat berkuasa terutamanya pada jalan lurus. Ini menyebabkan mesin Ducati akan cenderung untuk terangkat depannya kerana kuasa yang banyak dari tayar belakang. Satu cara untuk mengatasi masalah tayar depan ini terangkat adalah dengan mengurangkan kuasa yang disalurkan kepada tayar belakang, samada dengan pengawalan dari ECU atau dari kawalan trotel dari penunggang. Keadaan ini menyebabkan kuasa sebenar motosikal itu tidak dapat digunakan sepenuhnya.
Jadi, apa caranya? Jurutera aerodinamik Ducati mengambil satu langkah bijak dengan memperkenalkan satu sayap kecil pada musim 2015. Ini lebih dikenali sebagai ‘winglet’. Sekarang, pada musim 2016, Ducati masih mengambil langkah tersebut untuk menggunakan winglet pada mesin mereka. Malah kali ini, saiznya lebih besar.
Apa winglet lakukan adalah memberikan lebih tekanan bawah (downforce) kepada mesin lumba Ducati dan sememangnya ini akan membolehkan kuasa yang banyak disalurkan kepada tayar belakang tanpa berlaku angkatan pada tayar depan.
Mengejutkan saya adalah pasukan dari Yamaha, Jorge Lorenzo turut menggunakan winglet ini dengan bentuk dan saiz yang berlainan. Winglet pada mesin Yamaha lebih tajam dan lebih besar. Saya juga melihat pada mesin Rossi, tetapi nampaknya tiada winglet pada mesin itu.
Adakah Yamaha dan Ducati sahaja yang menggunakan winglet ini? Tidak. Honda juga menggunakan winglet ini dan ini dapat dilihat pada penggunaan kedua-dua mesin yang digunakan oleh Marquez dan juga Pedrosa.
Winglet pada mesin Honda kecil dan mungkin hanya sekadar ujian untuk melihat keberkesanannya dalam perlumbaan pertama nanti.
Mesin Pedrosa juga mempunyai winglet yang sama seperti mesin Marquez.
Apapun, ini mungkin salah satu perkara yang biasanya akan menjadi satu teknologi baru yang akan dibawa turun kepada motosikal pengguna. Kawasaki H2R telah membawa teknologi sayap ini ke jalan biasa.
Tahun brapa ni Mohd Azwan?
Dalam tahun 1999 mcm tu. Masa tu masih 500cc
Down force ke..?
H2 tech
Ooo ingatkan stail john britten.
Jepun berjaya kerana meniru…sejak dulu lagi
Nama betul dia strakes, bukan winglet
Awal2 dulu winglet sbb kecik, skrg dah besar jadi strakes
Betul… Kalau dah besar sgt bahaya plak bila berlanggar fairing…
Ni klu jadi apa2, mesti kena ban winglet/strakes
Ni bukan nak laju bro. Nak stabil masa selekoh dan x whelie.
Rasanya xde efek byk pd masa ambil selekoh, tp mungkin masa keluar selekoh.
Masa selekoh xde effect. Strake @ winglet lebih kepada masa nak pecut/corner exit sbb ducati terlampau power, sampai wheelie pastu tayar belakang spinning. Tu yg lambat nak pecut. So nak improve corner exit, depa letak winglet tu, jadi stabil masa nak pecut, improve acceleration, senang capai top speed, so at the end jadi laju la. Tp yg heran, sebelum ni pun depa dah mmg laju. Makna kata enjin desmo ni mmg powerful. Haha. Tgk free practice 3 kat qatar, Iannone capai 350kmh…hat lain purata 335kmh
Tambah plak sekarang pakai Michelin, tayar belakang grip mmg hebat, lagi senang la nak pecut. Dah makin kurg masalah tayar belakang spinning
Ni update terkini pasal strake@winglet. Rasanya xlama lagi kena banned la
Anatomicly wrong… aerodynamicly right
Yamaha ade pkai ke?
99
Rasanya honda dulu pernah buat kat NR750
Bukan dah lama pakai ke?
Musim 2015 seingat saya Yamaha n Honda x pakai lg
Yamaha pakai masa tahun 1999
Pt la nmpk kt ducati gp sblum ni..ingat apa la..wing rupanye..
Dh team ln pn buat jugok