Honda CBR150R (2016) serba baru dilancarkan di Indonesia – Rp. 32,5 – 33,3 juta (RM10k tukaran terus)

2016-All-New-Honda-CBR150R-001

PT Astra Honda Indonesia kini melancarkan mesin CBR150R serba baru untuk 2016. Kali ini, CBR150R menerima peningkatan samada dari segi kosmetik dan juga dari segi dalaman iaitu prestasinya. Turut hadir ke Litar Sentul, Indonesia adalah Dani Pedrosa dan Marc Marquez untuk menyempurnakan pelancaran ini.

2016-All-New-Honda-CBR150R-002

Enjin Honda CBR150R adalah DOHC berkapasiti 150cc dengan ukuran ‘bore x stroke’ pada 57.3 x 57.8mm yang menghampiri konfigurasi ‘square engine’. Ukuran ini adalah sama seperti Honda Sonic 150 R yang telah diperkenalkan di Indonesia sebelum ini. Enjin ini juga diposisikan dengan 40 darjah ke depan untuk meletakkan lebih berat ke depan. Kuasa kuda maksimum yang dapat dijana oleh enjin ini adalah 12.6kW (17.1PS) @ 9,000RPM dengan daya kilas maksimum 13.7Nm @ 7,000RPM. Transmisinya pula adalah 6-kelajuan manual.

2016-All-New-Honda-CBR150R-006

Turut menerima peningkatan adalah rangkanya yang mana kini mengguna ‘Truss Frame’ dengan bentuk berlian (diamond). Honda mengatakan ini akan memberikan ketegaran dan fleksibiliti yang seimbang untuk pengendalian yang lebih baik. Titik graviti juga dikatakan berada ditengah-tengah mesin ini.

2016-All-New-Honda-CBR150R-004

Jarak antara roda (wheelbase) 13mm lebih panjang dan ini menjadikan pengendalian CBR150R 2016 berbeza dengan CBR150R sebelumnya dimana ini akan memberikan lebih radius pusingan semasa mengambil selekoh. Jarak antara roda yang lebih panjang juga akan memberikan lebih kestabilan dalam pemanduan lurus.

2016-All-New-Honda-CBR150R-003

Sistem brek dibekalkan oleh Nissin dengan kaliper brek dua piston pada bahagian depan dan kaliper brek satu piston pada bahagian belakang.
2016-All-New-Honda-CBR150R-008 Bahagian kokpit dikemaskan dengan penggunaan meter digital sepenuhnya yang lebih tipis supaya memudahkan penunggang melihat semua info dengan sekali pandang sahaja.

AllNew-CBR150R-2016

Honda CBR 150 R hadir dalam 4 warna termasuk MotoGP Repsol Edition. Reraup kini lebih rendah manakala ekor belakang lebih pendek dan tinggi untuk memberikan gaya perlumbaan yang dikehendaki. Lampu depan telah diubahsuai dan dinyalakan dengan LED untuk lebih pencahayaan. Lampu isyarat juga LED.

Harga Honda CBR150R (2016) adalah Rp 32,5 juta untuk warna Nitro Black, Revolution White dan Honda Racing Red.

Harga Honda CBR150R (2016) MotoGP Edition Rp 33,3 juta (RM10,000 tukaran terus)

Sumber: TMCBlog dan Sarjan Tulang

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

66 Replies to “Honda CBR150R (2016) serba baru dilancarkan di Indonesia – Rp. 32,5 – 33,3 juta (RM10k tukaran terus)”

  1. SENARAI HORSEPOWER MOTOSIKAL :
    Honda CBR150R (2016) = 17.1hp @9000rpm
    honda ex5 = 8.78 hp @7500rpm
    honda wave110r – 8.34hp / 96kg = 1hp : 11.5 *0.09
    honda wave 125 = 9.96 hp @ 7500 rpm
    honda cbr150 = 18.70 hp @ 10 500 rpm?
    nsr 150SP = 38.96 hp @ 10,500 rpm
    honda nsr 250 sp = 60 hp @ 9000 rpm ( v -twin 90 degree v twin)
    yamaha lagenda 110z = 8.85 hp @ 8000 rpm
    yamaha lagenda 115z – 8.05hp / 103kg = 1hp : 12.8 *0.07
    yamaha lagenda 110 – 8.78hp / 102kg = 1hp : 11.6 *0.09
    yamaha 135lc = 11.25 hp @ 8,500 rpm
    yamaha 135lc v2 = The power figures that has been upped to 12.3hp and 12Nm of torque from the auto clutch version at only 11.97hp (12hp as stated in the paper) and 11.79Nm of torque (the auto clutch also gets the Mikuni BS25 carburetor)
    yamaha fzi150 = 14.88 hp @ 8,500 rpm
    yamaha 125z = 17.26 hp @ 8000rpm
    yamaha rxz 5-speed = 21.00 hp @ rpm?
    yamaha rxz catal = 20.00 hp @ rpm?
    yamaha tzr 250 = 50 hp @ 10000 rpm ( paralel twin 2 stroke)
    yamaha TZM 150 = 35.51 hp @ 10,500rpm
    yamaha srx = 8.19 hp @ 8000rpm
    yamaha ss 2 = 13.81 hp @ 8000rpm
    yamaha 125z = 17.26 hp @ 8000rpm
    yamaha rxz = 21.21 hp @ 8500rpm
    yamaha R1 = 182 hp @ 12500rpm
    suzuki fxr150 = 20.00 hp @ 9,900 rpm
    suzuki belang150r = 16.00 hp @ 9,500 rpm
    suzuki fx125 = 13.30 hp @ 10,500 rpm
    suzukiTXR 150 = 26.00 hp @ 9500 rpm
    suzuki smash 110 = 8.19 hp @ 8000rpm
    suzuki shogun SP 125 = 9.86 hp @8000rpm
    suzuki rc100 = 8.1 hp @ 6,500 rpm
    suzuki rgv 250 gamma = 62 hp @11.000 rpm (V-twin 90 degreee 2 stroke)
    suzuki rgv 250 gamma sp = 67 hp @11000 rpm
    suzuki rg sports 110 = 14.30 hp @ 7500rpm
    suzuki fc110 = 10.06 hp @9000rpm
    modenas kriss 110 = 8.85 hp @ 8500 rpm
    modenas gt128 = 9.63 hp @ 7500 rpm
    modenas jaguh = 15.82 hp @ 8500rpm
    modenas karisma = 9.12 hp @ 8500rpm
    modenas dinamik 120 = 16.76 hp @ 9000rpm
    modenas kriss 120 = 9.79 hp @ 8500rpm
    kawasaki zx2 = 45 hp @ 16000 rpm
    kawasaki superkips zx150 = 29.59 hp @ 10500 rpm
    kawasaki ninja 250R = 31.36 hp @11000rpm
    kawasaki zzr250 = 36 hp @ 11000 rpm
    kawasaki KR150A (1990) = 30.5 rs @10000rpm
    aprilia rs250 1st model = 62 hp @ 11000 rpm ( model 1st pakai enjin suzuki rgv250)
    aprilia rs250 2nd model = 72.5 hp @ 11900 rpm
    Mz Mantizz 125 = 9.00 hp @ 7000 rpm
    mz 125 sm/sx = 15.00 hp @ rpm?
    naza blade 250 R = 27 hp@ 10500 rpm
    cagiva mito EV 125 = 33 hp@ 12000 rpm
    Cagiva Momos 115cc = 23.47 hp @ 10,300 rpm
    Gilera Runner 2stroke = 21 hp at 8,000 rpm
    kredit to motorama / malaysianbikers.com.my

    1. Itulah. Elok depa bawak masuk motor ni. Mesti rancak balik sales depa. Aku kerja Kat batu kawan, hari hari lalu kilang Honda ni. Tgk mcm jualan motor kapcai depa dah drop. Dulu depa pasang khemah, ni sampai ambik Parking buat letak motor X terjual. Depa patut consider buat motor ni lak. Ramai yg mencari, tp x byk pilihan.

Leave a Reply