Segmen 250cc merupakan satu segmen yang sangat kompetitif pada masa ini yang mana terdapat pelbagai pilihan spesifikasi dan pilihan harga yang berusaha untuk menambat hati penunggang baru yang ingin menaik taraf dari moped atau skuter kepada motosikal berkuasa tinggi (pada masa dulu, seingat saya, 250cc sudah dikategorikan sebagai ‘superbike’ iaitu ‘entry-level superbike’. Namun begitu, sekarang ini, ramai yang mengatakan 250cc bukan ‘superbike’. Apa-apa pun, saya masih ingin kekal dengan definisi 250cc sebagai ‘entry-level superbike’. Anda tidak setuju, tak apalah).
Satu motosikal yang sangat menarik untuk dipertimbangkan dalam pilihan anda dalam segmen 250cc ini adalah mesin dari Kawasaki iaitu Z250SL. Kawasaki memperkenalkan Z250SL pada 2014 selepas sahaja memperkenalkan kepada penunggang Malaysia, Ninja 250SL yang berciri sukan dengan reraut penuh. Z250SL hadir sebagai alternatif tanpa reraut yang sesuai untuk digunakan samada di bandar, di kampung mahupun di litar.
Apa yang membezakan motosikal sukan reraut penuh dengan motosikal tanpa reraut adalah dari segi ketinggian tempat duduknya yang lebih rendah. Tempat duduk yang rendah membolehkan penunggang untuk senang berpijak ke tanah dalam keadaan trafik yang berat yang memerlukan gaya tunggangan henti-dan-pergi. Selain itu, bar hendal juga lebih tinggi dari model sukan reraut penuh untuk memberikan gaya duduk yang lebih tegak agar tidak meletihkan penunggang.
Z250SL memberikan gaya duduk tegak yang selesa dalam kelajuan biasa dalam had laju yang dibenarkan iaitu 90km/j. Tiupan angin tidaklah mengganggu tunggangan anda dalam kelajuan ini. Namun, setelah memerah lebih sedikit sehingga 140km/h, angin akan mula menjadi lawan anda. Anda akan terasa tolakan pada kiri dan kanan pada bahu anda.
Enjin Z250SL berkonfigurasi 1 silinder dengan sejukan cecair bersama 4 injap aci sesondol berkembar yang berkuasa 20.6kW (27.6hp) pada 9,700RPM dan daya kilas sebanyak 22.6Nm pada 8,200RPM. Pada sesi uji pandu saya, enjin Z250SL berfungsi dengan cantik pada perahan RPM melebihi 4,000RPM. Ya, ini adalah enjin yang memerlukan anda mengubah sedikit gaya pemanduan anda agar membiarkan bacaan digital RPM di meter melebihi 4,000RPM untuk benar-benar merasai kuasanya yang cantik itu. Jika dilihat dari segi ketahanan enjin Z250SL ini, anda tidak perlu risau kerana enjin ini diasaskan dari motosikal lasak iaitu KLX250 yang telah terbukti lasak.
Penukaran gear selepas 4,000RPM juga terasa tepat dan lancar, tetapi sedikit kekurangan disini kerana seperti mana biasa, kita sangat ingin untuk melihat bacaan kedudukan gear di meter dan pada Z250SL, cuma ada bacaan N. Pernah sebelum ini ada yang berkata pada seorang kawan saya, kalau benar ingin melihat kedudukan gear pada meter, tunggang saja moped. Jangan jadi seperti dia.
Satu perkara yang saya rasakan semasa menunggang uji Z250SL, titik graviti (center of gravity) dirasakan agak tinggi walaupun motor ini tak tinggi sangat ini menyebabkan saya kurang yakin mengambil selekoh dalam kelajuan 80km/h. Ini juga mungkin kerana kebiasaan saya yang menunggang 135LC saya yang lebih rendah titik gravitinya.
Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan Z250SL atas beberapa sebab:
- -Motosikal 250cc yang murah dalam segmennya
- -Enjin yang terbukti ketahanannya yang diasaskan dari KLX250
- -Karakter enjin yang memerlukan RPM tinggi yang memberikan keterujaan
- -Rekaan yang menarik kombinasi dari ketajaman Jepun dan rangka Trellis Itali
- -Senang dikendalikan untuk penunggang yang baru
Sekiranya anda sedang mencari motosikal 250cc sebagai naik taraf moped anda mungkin kerana tempat kerja anda jauh dari tempat tinggal anda, cubalah uji pandu Z250SL ini.
2014 Kawasaki Z250SL Tech Specs
-
Engine type: Liquid-cooled, 4-stroke 1 Cylinder DOHC
-
Displacement : 249 cm³
-
Bore x stroke : 72.0 x 61.2 mm
-
Compression ratio: 11.3:1
-
Valve/Induction system: DOHC, 4 valves
-
Fuel system Fuel injection: ø38 mm x 1
-
Ignition : Keihin, Transistorized Ignition
-
Electric: Starting
-
Lubrication : Forced lubrication, wet sump
-
Maximum power 20.6 kW / 9,700 rpm
-
Maximum torque 22,6 N·m { kgf·m} / 8,200 rpm
SS 400m : 15,5 s -
SS 200m : 9,7 s
-
Max Speed : 153 km/h
-
Transmission 6-speed, return
-
Final Drive Sealed chain
-
Primary reduction ratio 2.800 (84/30)
-
Gear ratios: 1st 3.000 (393/11)
-
Gear ratios: 2nd 1.933 (29/159)
-
Gear ratios: 3rd 1.444 (31/22)
-
Gear ratios: 4th 1.217 (28/23)
-
Gear ratios: 5th 1.045 (23/22)
-
Gear ratios: 6th 0.923 (24/26)
-
Final reduction ratio 3.000 (42/14)
-
Clutch : Wet multi-disc, manual
-
Frame type Tube diamond
-
Rake/Trail 24° / 90 mm
-
Wheel travel, front 110 mm
-
Wheel travel, rear 116 mm
-
Tyre, front 100/80-17 M/C (52S)
-
Tyre, rear 130/70-17 M/C (62S)
-
Steering angle, left / right 36° / 36°
-
Suspension, front telescopic fork
-
Suspension, rear Bottom-Link Uni-Trak swing arm
-
Brakes, front Single 263 mm petal disc. Caliper: dual-piston.
-
Brakes, rear Single 193 mm petal disc. Caliper: Dual-piston.
-
Dimensions (L x W x H) 1.935 mm x 685 mm x 1,075 mm
-
Wheelbase 1,330 mm
-
Road Clearance 165 mm
-
Seat height 780 mm
-
Fuel capacity 11 litres
-
Curb Mass 148 kg
abg saya ada 2 moto ego dan kawasaki z250sl…250 lg save minyak
Tumpang tanya..harga ktm duke 200 brapa??banding dgn z250sl nih mna lagi bagus??
Masih teringat2 nostalgia kawasaki zxr 250. Prestasi lagi mantap dari yg ada skrg ni
Mmg tgh plan nk bli slr..tpi try member pnye r25 mcm best plak…dye punye pickup mcm setan pnye pegi..hahhaa
Reraup. Puas aku memikirkan. Rupanya fairing.
Salah.. Naza n5, SYM T2, benelli lagi murah.
Razzani Mokhtar
Admin xyah la skima sgt, xperlu 100% translate ke bahasa melayu
Amnesty Ding
?? is this a sign?
Yess baby yessssss
Wooooo! Lemme read up first
Hahaha yes read pls
Get ur bf to ride toooo
Lol. Not even a rider or any sort.
Hahaha can poison him to ride la
Impossible
Try la.. Never try never know whahahaahhaa
satu silinder,250..ada pickup ke cmtu.
1 piston lg pickup.. sbb x de beban utk tolak piston.. kalau compare ngan 2 piston.. cuma 1 piston tak sesuai utk org cari topspeed.. maaf kalau silap
Hanis Naqib Wany ada betulnya tu sbb semakin banyak piston semakin banyak ‘mechanical losses’ iaitu daya yg digunakan utk menggerakkan piston tu. Biasanya untuk mengurangkan mechanical losses ini, pembina motor akan menggunakan short stroke
Hehehe.
Sapa sni owner banelli tnt 600..Dri spare part dia ok tk?..Cadang nk ambk..Top speed cntik..Design pn kira cun dh tu 4inline termurh kat pasaran..Cm spare part ja tkt ni utk daily use
banelli sparepart murah.. hq kt sentul je.. cw google
Pomen bgtau 1set sprocket l/krg rm800++ mcm 1000cc…sma jgk tayar blkg sbb sais 180. Kalau Er6 tayar blkg rm500 dh bole dpt (brgantung pd brand)…
https://m.youtube.com/watch?v=UesoDD6noIY&itct=CCcQpDAYAiITCLzFmYrDqcoCFU8maAodFbkF71Ida2F3YXNha2kgMjUwIHNsIHZzIHlhbWFoYSByMjU%3D&gl=MY&hl=en&client=mv-google kawasaki ninja250sl vs yamaha r25…r25 win
kalau ninja 250 sl macam mana pula?
Rare ni Muhd Syafiq
Muhamad Syafiq Ismail
Tok Bull
beza z250sl dgn ktm duke 250 mane lagi pickup?
Sila jauhkan diri anda dari sebarang brand moto taiwan dan china..pilihlah jepun…dah pakai motor china ni…enjoy memang enjoy tapi lepas lama lama penat nak melayan…manja sangat…readykan kertas jer la nak kene hantar spa moto selalu. Jepun mahal tapi kurang manja. 🙂 pengalaman sendiri.
Betul motor xhabis lagi byr hutang engine dah kondem
Aridan Ismail
Fiqri Abdullah
Shabki Bin Abdullah
Khairul Ridhwan Abd Aziz
Minatt sunguuh moto nie..tp makan modaiii cekk oii
Cun dah tu.. xmau lagi..
Xdann..gaji rendahh..mcm hg boleh laaa..hurmmmm..lawanyaaaa
Ambik lah.. kcm tu bagi kat aku.. whaha
Betul ke….sprocket z250L ini…sama saiz dgn dtracker x 250
same dgn ninja 2piston
Muhammad Hirzi Nox bole masuk ke? Sebab nak ganti sprocket depan…dtracker250…dah bengkok
Saya dah pakai 6 bulan. Bg saya ok ja. Gear kena tukar cepat. Minyak save gila. 250km = full tank, selalu bawa 80-110km/hr. Sgt berbaloi utk beginner
Lebih kurang r25 250km utk 13liter fulltank.
Ir Mohd Hasrul Nizam r25 Tukar gear cepat x
Sama dengan Naza cruise 650. Tapi brapa liter yup full tank dia? Dr low ke full brapa rm?
spoket asal tu lebih kurang klx250 punya setting..
klu nk lebih top speed..
naik 1 mata spoket depan..
Cbr150r pn o.k…240km=9liter, 110-120kmj. Done 165K km & still running. Kalau fuel injection mesti lg jimat… tp ntah bila masuk m’sia
Tank sl 11 liter..260km test full tank..
Lain cc, lain f.c, jgn compare dgn cc yg x sama
Naza n5 250cc, 200km 7 liter
Mohd Azuan Adnan..rare..heehee.. ? ? ?
Wave 125 r
Enjin lifan double piston
Mber pakai dia ckp pick up len mcm, top ok
Bro, member top speed brapa dpt jalan 250sl?
Dia ckp pnah try satu lima lebih bos, tp boleh pegi lg.. Ejos stendet..
Dlm lingkungan 150 ke 160 tapi agak strunggle
Mbr suggest amek z300 bos, baru balance, 250 pick up mula2 nk pegi tu len mcm bos
150…tp sy bdn berat…
Ada je yg dpt 170…
Z300 dlm utube 190++ rpm dia pn response ok lg dr 250, ni tengok kt utube je, jgn kecam saya.. Newbie ?
Z300 twin parallel bro…sl single silinder je…dr cc bw ke hp pn dh jauh beza
Ye bos..
untuk lebihkan sikit top speed z250sl ni..
naik 1 mata spoket depan..
Benelli tnt25, naza n5, kawasaki z250sl semua ada karakter sendiri.
Benelli lah
Muhamad Faez
Antara benelli 250 dgn sl ni mna berbaloi?
Encik kena uji pandu dulu tu sbb citarasa setiap penunggang tak sama… Mmg saya x dpt terus bg konklusi…
Yg ni bole men blok klx300 :p
Lagi brbaloi amik benelli 300
Kalau aku antara dua model ni of course sl..more hp
Z250sl.
Z250 = two cyclinder (exhaust pipe 2×1)
250SL = one cyclinder (exhaust pipe 1×1)
vote 4 250sl..
Yas Kawa ada kedai buat ke kat Malaysia ni? macam nak bagi blok z300 kat z250
Naza N5 250cc bawah 10k je kat mudah. Heheh
#akubukansalesmanNAZA