Dani Pedrosa terus menunjukkan bahawa beliaulah yang terpantas di litar Sepang sepanjang minggu ini. Kesemua 20 pusingan telah dipimpin oleh Pedrosa diikuti oleh Lorenzo, Rossi dan Marquez yang saling bertukar-tukar kedudukan.
Fokus utama dalam perlumbaan ini adalah kontroversi di antara Rossi dan Marquez. Rossi dan Marquez saling bertukar-tukar kedudukan dalam pusingan ke-3 sehinggalah ke pusingan ke-13 di mana Marquez telah terjatuh setelah mendekati Rossi. Kes ini masih dalam pertimbangan oleh pengurus perlumbaan (Race Direction).
KEMASKINI(8.57ptg): Rossi dikenakan 2 penalti iaitu 3 mata ditolak dan kedua, bermula dari kedudukan terakhir dalam petak mula pada pusingan seterusnya di Valencia.
Rossi 46 winner this year