Shell Advance Asia Talent Cup: Dominasi Kunimine dalam Perlumbaan Pertama

kunimine-01

Pelumba Jepun, Kunimine menunjukkan dominasi yang jelas dalam perlumbaan kali ini. Kunimine memberikan persembahan yang terbaik dalam sesi latihan dan juga sesi kelayakan. Sepanjang minggu beliau sentiasa pantas.

Kunimine diikuti rapat oleh pelumba Indonesia, Andi Izdihar yang juga menunjukkan prestasi yang konsisten sepanjang 13 pusingan. Seterusnya di tempat ketiga, Yuta Date, juga dari Jepun.

Semua pelumba menggunakan mesin yang sama iaitu Honda NSF250R dan ini menyebabkan setiap pelumba perlu kreatif dan sentiasa meningkatkan prestasi masing-masing. Litar Sepang yang mempunyai dua laluan yang lurus panjang membolehkan pelumba-pelumba untuk menggunakan ‘slipstream’ untuk ‘mencuri angin’ agar motor tidak perlu melawan rintangan angin yang tinggi dan membolehkan motor menjadi sedikit laju dan keadaan ini dapat digunakan untuk menolak motor agar dapat memintas pelumba di hadapan.

Pelumba Malaysia di kedudukan ke-5 adalah Fakhrusy Rostam, ke-7 Adam Norrodin, ke-8 Azroy Anuar, ke-11 Helmi Azman, ke-12 Shafiq Rasol, ke-14 Idham Khairuddin dan ke-20 Luth Erwan.

Esok masih ada perlumbaan kedua dan diharapkan pelumba tempatan akan terus bangkit dan berusaha kuat. 

Position Nat Rider # Time Points
1 Takuma Kunimine 21 30’13.020 25
2 Andi Izdihar 23 +3.385 20
3 Yuta Date 6 +3.388 16
4 Ayumu Sasaki 22 +4.006 13
5 Fakhrusy Rostam 17 +4.018 11
6 Kazuki Masaki 2 +4.285 10
7 Adam Norrodin 10 +4.365 9
8 Azroy Anuar 20 +4.688 8
9 Gerry Salim 4 +4.694 7
10 Nakarin Atiratphuvapat 13 +5.023 6
11 Helmi Azman 11 +5.027 5
12 Shafiq Rasol 3 +28.276 4
13 Ryusei Yamanaka 12 +28.357 3
14 Idham Khairuddin 8 +44.887 2
15 Kite Fuse 15 +45.330 1
16 Shengjunjie Zhou 24 +45.610 0
17 Sittipon Srimoontree 7 +45.906 0
18 Yuanhang Chen 19 +49.592 0
19 Yuto Fukushima 16 +1’15.536 0
20 Luth Erwan 5 +1’34.392 0
21 Matt Barton 18 +1’45.165 0
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

One Reply to “Shell Advance Asia Talent Cup: Dominasi Kunimine dalam Perlumbaan Pertama”

Leave a Reply