Awesome Podium for Khairul Idham Pawi – Honda Team Asia in FIM CEV Moto3 Junior World Championship Round 2 – Le Mans, France

Khairul Le Mans HTA 3Khairul Idham Pawi gave Malaysians something to shout about when the Honda Team Asia rider secured his maiden Moto3 Junior World Championship podium at Le Mans, France on Saturday.

The 16-year old put on a masterclass performance to improve his 10th place start position by eight spots to finish the 12-lap race second, wrapping it within 21’06.201s, half a second adrift a dominant Aron Canet from Spain who took the chequered flag.

Completing the podium was Bo Bendsyneyder of Netherlands with 21’06.365s. 

Initially the Moto3 race was supposed to run for 17-laps but a huge first turn collision involving Italian, Tony Arbolino forced race officials to put out the red-flags and restart the race with just 12-laps.

Khairul’s success at the French circuit makes him the second Malaysian to ever step on the FIM CEV Repsol podium besides Hafizh Syahrin Abdullah who currently competes in the Moto2 World Championship.

“I am extremely happy with this podium because I started two rows down front row and I had to fight really hard with my rivals to get a good position. But the real highlight was in the last lap when I was fighting with Sena Yamada and Bo for second place. That would be a battle that I will remember,” said an elated Khairul.

He added, “Thank you to Honda Team Asia for preparing a great bike, my family who always believed in me and also my friends and supporters back home in Malaysia.”

 

Moto3 Race Results

1.Aron Canet (SPA) 21’05.594s

2.Khairul Idham Pawi (MAS) 21’06.201s

3.Bo Bendsyneyder (NED) 21’06.365s

4.Sena Yamada (JPN) 21’07.057s

5.Lorenzo Dalla Porta (ITA) 21’07.142s

KHAIRUL IDHAM CEMERLANG RAIH PODIUM DI LE MANS

Khairul Idham Pawi mencatat kejayaan manis buat Malaysia setelah berjaya meraih podium pada saingan Kejuaran Moto3 Junior Dunia di Le Mans, Perancis, semalam.

Bermula dari petak ke-10, pelumba Honda Team Asia berusia 16 tahun itu memperaga aksi cukup bertenaga apabila menamatkan 12 pusingan perlumbaan sebagai naib juara dengan masa 21’06.201s, ketinggalan kepada juara Aron Canet dari Sepanyol yang menamatkan perlumbaan dengan masa 21’20.520s.

Tempat ketiga dimenangi Bo Bendsyneyder dari Belanda dengan masa 21’06.365s.

Perlumbaan yang sepatutnya berlangsung sebanyak 17 pusingan dipendekkan kepada 12 pusingan apabila perlumbaan asal diberhentikan setelah bendera merah dikibarkan akibat insiden kemalangan melibatkan pelumba Itali, Arbolino.

Kemenangan di Perancis meletakkan Khairul sebagai pelumba Malaysia kedua yang berjaya menamatkan perlumbaan di atas podium di Kejuaraan CEV Repsol FIM selain Hafizh Syahrin Abdullah yang kini  beraksi di pentas Moto2 Kejuaraan Grand Prix Dunia.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini terutama setelah sekadar bermula dari barisan ketiga. Saya terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan kedudukan yang baik. Malah cabaran lebih sengit pada pusingan terakhir kerana terpaksa bersaing sengit dengan Sena Yamada dan Bo untuk berada di kedudukan kedua. Saya rasa ia akan menjadi pertarungan yang akan dikenang sampai bila-bila,” jelas Khairul.

“Saya berterima kasih kepada pasukan Honda Team Asia kerana menyediakan jentera yang baik, keluarga yang sentiasa memberi kepercayaan kepada saya dan juga penyokong-penyokong di Malaysia,” jelas pelumba yang turut beraksi bersama pasukan Kozi Yam Honda Racing di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS itu lagi.

Keputusan perlumbaan Moto3

1.Aron Canet (SPA) 21’05.594s

2.Khairul Idham Pawi (MAS) 21’06.201s

3.Bo Bendsyneyder (NED) 21’06.365s

4.Sena Yamada (JPN) 21’07.057s

5.Lorenzo Dalla Porta (ITA) 21’07.142s

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.