FAQ: 2011 Yamaha 135LC 4-speed SS and 5-speed ES

This post is written in Malay language for Malaysian Yamaha 135LC rider or rider-to-be.

Check it out after the jump 

Yamaha 135 LC v2011 S:Berapa harga OTR motor LC135 versi 4 Speed dan 5 Speed?
J:Bergantung kedai. 4 Speed dalam RM6800 5 Speed dalam linkungan RM7300

S:Apa perbezaan dari segi Luaran atau Kosmetik antara 4 Speed dan 5 Speed?
J:Luaran kebanyakannya sama,kecuali terdapat pertambahan aksesori pada model 5 Speed seperti RIM JENAMA ENKEI,TAYAR JENAMA IRC,LEBAR RIM BELAKANG 2.5,BREK CAKERA BELAKANG,BREK CAKERA DEPAN DENGAN 2 PISTON PAM,LAMPU TAMBAHAN PADA DADA MOTOR LED PUTIH.

S:Apa pula perbezaan dari segi enjin antara 4 Speed dan 5 Speed?
J:4 Speed masih menggunakan enjin yang sama dengan model sebelum manakala 5 Speed menggunakan enjin bertransmisi 5 GEAR dan menggunakan sistem CLUTCH MANUAL.

S:Berapakah kelajuan maksimum yang mampu dihambur oleh enjin yang dipasang pada YAMAHA LC135 versi 2011?
J:Kelajuan maksima bergantung individu dan rata2 pemilik 4 Speed memperoleh kelajuan purata maksimum +- 120kmj-130kmj+-. Manakala bagi LC5 Speed pula kebanyakkan pemilik menyatakan bahawa jentera 5 Speed mampu mencecah 120kmj sahaja pada keadaan standad ataupun asal kilang.

S:Benarkah terdapat kenyataan bahawa LC135 version 2011 mempunyai meter kelajuan yang lebih tepat bacaannya dan dikurangkan ralat bacaannya berbanding model LC135 yang sebelum nya?
J:Benar,ralat antara model lama dan model baru adalah sebanyak 20kmj+-. Meter kelajuan model baru lebih tepat dan mengikut kadar kelajuan yang sebenar mengikut GPS.

S:Bagaimanakah penjagaan minyak hitam Yamaha LC135?
J:Jika motor anda baharu,dan masih dalam proses RUNNING-IN,anda disyorkan menukarkan minyak hitam serta OIL FILTER yang asli setiap 1000km. Dan selepas 3000km anda harus menukar minyak hitam setiap 3000km++ atau bergantung pada jenis minyak hitam yang anda guna dan cara anda menunggang dan membelasah jentera anda.Lagi banyak anda merembat,lebih elok ditukar kerap.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

3 Replies to “FAQ: 2011 Yamaha 135LC 4-speed SS and 5-speed ES”

  1. hi… does this means the auxilary light for 5 speed is white in colour..
    then it shouldn’t be a problem for old type lc to change to white colour since the factory settings for new 5 speed lc is WHITE..
    thanks..

Leave a Reply