2006 FIM Racing Highlight Video

Advertisements

Tahun 2006 merupakan tahun terakhir dimana motosikal 2 lejang dibenarkan untuk bertanding dalam FIM Cub Prix Racing ini.

Setelah itu, undang-undang telah menetapkan kenderaan 2 lejang tidak dibenarkan diimpot atau dibuat lagi untuk pasaran Malaysia. Namun begitu, model sedia ada seperti Yamaha RX-Z dan Yamaha 125Z masih lagi dibenarkan untuk dijual dan pengenalan pada model 2 lejang terbaru berakhir disitu.

Pada pendapat saya, motosikal 2 lejang ini tidaklah begitu mencemarkan alam sekitar, tetapi cukup mencemar bunyi sekiranya diubahsuai tidak tentu hala untuk peningkatan prestasi dipacu atas jalan raya awam.

Kuasa yang dibawa oleh motosikal 2 lejang adalah melebihi 40% berbanding isipadu silinder yang sama pada motosikal 4 lejang. Motosikal dua lejang juga mempunyai susun atur enjin yang agak mudah kerana tidak memerlukan OHC dan injap.

Penggunaan minyak pelincir 2T merupakan faktor tidak ekonomi pada motosikal jenis ini, tetapi ini tidak menjadi masalah sekiranya dibandingkan dengan kepuasan memandu dengan kuasa yang mudah dilepaskan sekiranya perlu.

Asap tidak menjadi masalah sekiranya langkah untuk mengatasinya diambil. Saya juga telah menulis satu pos di dalam blog ini mengenainya bertajuk “Five Tips On How To Minimise Exhaust Smoke From 2-stroke Bike “. Anda bacalah sendiri.
Terima kasih kerana membaca.