Triumph Akan Memperagakan Enjin Moto2 Di GP British Dengan Mengadakan Pusingan Perarakan

Triumph Motorcycles telah menyempurnakan rombakan akhir enjin Moto2 mereka dan akan memperagakannya sewaktu GP British pada hujung minggu ini. Enjin inline-Four 765cc akan dibekalkan kepada pasukan Moto2 bermula musim 2019, menggantikan enjin inline-Four 600cc dari Honda. Enjin Triumph tersebut dijangka akan menghasilkan kuasa kuda pada tahap pertengahan dan tinggi yang lebih.

Triumph Motorcycles Menyaksikan Peningkatan Jualan Pada Tahun 2017 -Lebih Daripada 63,000 Unit Terjual!

Bagi tahun 2017, Triumph Motorcycles telah menjual lebih daripada 63,000 motosikal mereka melalui pengedar mereka di seluruh dunia. Sebanyak 63,404 unit telah terjual yang mana ianya mendatangkan hasil jualan sebanyak £498.5 juta (RM2.7 Billion). Triumph meraih keuntungan sebanyak £24.7 juta (RM134 juta), iaitu peningkatan sebanyak 48% dari peningkatan jualan sebanyak 22% di seluruh dunia.