Honda Dedah ‘Teaser’ CB1000R 2021, Lancar November Ini!

Susulan pelaksanaan Euro5 yang akan berkuatkuasa tahun depan, rata-rata pengeluar motosikal sibuk memperkenalkan model dan kemaskini baharu bagi 2021. Honda turut mengorak langkah apabila memuat naik ‘teaser’ di YouTube memaparkan CB1000R 2021 yang akan dilancarkan November ini. Honda CB1000R mula diperkenalkan tiga tahu lalu dengan konsep ‘Neo Sports Cafe’ namun kemas kini itu dilihat relevan…

Boon Siew Honda Lancarkan CB1000R Dan CB250R

Boon Siew Honda telah melancarkan model CB1000R dan CB250R sebagai sebahagian daripada rangkaian Neo Sports Café mereka. Kedua-dua motosikal baharu ini menyertai model X-ADV dan Africa Twin sebagai sebahagian daripada tawaran ‘Big Bike’ Boon Siew Honda. CB1000R datang dengan harga dari RM74,999 dan untuk CB250R, dari RM22,999 (harga asas dengan 0% GST).

Boon Siew Honda Telah Mempratontonkan Honda CB1000R 2018 – RM80,000?

Boon Siew Honda (BSH) telah mempratontonkan motosikal super naked, Honda CB1000R 2018, di Malaysia Autoshow 2018. Dikenali sebagai “Neo Sports Cafe”, motosikal CB1000R ini, dengan erti kata lain, adalah versi naked motosikal superbike, Honda CBR1000RR Fireblade. Harga rasmi bagi model ini belum dihebahkan lagi namun BSH telah mengandaikan yang ianya mungkin berada di paras RM80,000.

Motosikal Honda CB1000R Carbon Edition Diperkenalkan Di Tokyo

Sebuah motosikal buatan khas ‘one-off’ karbon fiber, Honda CB1000R Carbon Edition 2018 telah diperagakan sewaktu Pertunjukan Motosikal Tokyo 2018. Dibina oleh Magical Racing, setiap satu bahagiannya, bermula dari roda hinggalah ke palang pemegangnya, telah digantikan dengan bahagian karbon fiber. Sebuah ekzos sistem penuh Yamamoto Racing Spec-A dengan peredam berwarna emas melengkapkan lagi motosikal tersebut.

Honda CB1000R 2018 Terbaru – Kini Lebih Hebat Lagi

Honda Motorcycles telah melancarkan motosikal ‘streetfighter‘ terbaru mereka dalam bentuk Honda CB1000R 2018 terbaru semasa pertunjukan EICMA 2017 di Milan baru-baru ini. Motosikal CB1000R terkini itu dilengkapi dengan enjin empat selari, 1,000cc, patuh Euro4 yang sama boleh didapati pada motosikal Honda CBR1000RR Fireblade. Di antara ciri-ciri lain yang terdapat pada motosikal ini adalah klac ‘slipper-and-assist‘,…

Video Usikan Honda NEO SPORTS CAFE Ditayangkan!

Honda telah menayangkan sebuah video usikan pendek yang menampilkan “Project N.S.C.”, singkatan bagi Honda Neo Sports Cafe. Klip video selama 31 saat itu tidak menunjukkan apa-apa yang ketara melainkan beberapa spesifikasinya seperti sebuah lampu hadapan serta lampu isyarat LED dan palang pemegang yang lurus beserta dengan bunyi-bunyi sayup sebuah enjin empat selari di latarnya. Tarikh…