Motosikal Power Cruiser Harley-Davidson FXDR 114 Tahun 2019 Diperkenalkan!

Harley-Davidson baharu sahaja melancarkan motosikal power cruiser terkini mereka, Harley-Davidson FXDR 114 tahun 2019. Jentera berinspirasikan motosikal drag bike serba baharu ini bertumpukan kepada kuasa, prestasi, dan kebolehtunggangan dengan enjin 1,868cc Milwaukee-Eight™ dan beratnya yang ringan. Motosikal Harley-Davidson FXDR 114 tahun 2019 ini telah ditetapkan harganya bagi pasaran Amerika Syarikat bermula dari $21,349 (sekitar RM87,405).

10 Perkara Yang Boleh Dijangka Dari Pengedar Harley-Davidson Baru Di Malaysia!

  Nama Harley-Davidson telah kerap kali muncul dalam berita di Malaysia baru-baru ini. Jenama berlegenda dari Amerika Syarikat ini telah mengejutkan industri apabila ia mengumumkan perpisahannya dengan rakan kerjasama buat sekian lama, Naza Prestige Bikes Sdn. Bhd., dalam pencarian mereka untuk rakan kerjasama baru buat masa yang akan datang.