Yamaha Saluto RX diperkenalkan untuk pasaran India – hanya INR46,400 (MYR2,726.99)

2016-Yamaha-Saluto

Yamaha Motor Co., Ltd (Iwata, Japan) memperkenalkan jentera Yamaha Saluto RX yang akan dipasarkan di India pada penghujung April 2016 ini. Yamaha Saluto RX dikatakan sebagai ‘next-generation 110cc street model’ dan ini adalah bersesuaian dengan rekaan jalanan yang menghampiri rekaan Yamaha RX-S, RX-Z dan sangat berbeza dengan model moped seperti Yamaha Lagenda 110cc.

Yamaha Saluto RX dikuasakan oleh enjin 110cc ‘BLUE CORE’ yang lebih efisien sebanyak 13% berbanding dengan enjin 110cc dari Yamaha sebelum ini. Yamaha telah memperbaiki enjin 110cc dengan menggunakan bentuk kebuk pembakaran untuk pembakaran lebih baik dan juga rekaan sirip penyejuk yang diletakkan pada tempat yang optimum untuk penyejukaan enjin. Penambahbaikan dari segi pemasaan pencucuhan juga memastikan enjin lebih efisien.  Continue reading “Yamaha Saluto RX diperkenalkan untuk pasaran India – hanya INR46,400 (MYR2,726.99)”