2017 Yamaha Aerox 155 Movistar Yamaha MotoGP rasmi di Indonesia

Yamaha Indonesia kini dengan rasminya membawakan Yamaha Aerox 155 dengan grafik khas bertemakan Movistar Yamaha Team dalam siri perlumbaan MotoGP. Yamaha Aerox 155 seperti yang kita ketahui adalah model yang sama dengan Yamaha NVX 155, yang dikatakan akan dilancarkan pada 11 Julai ini di Malaysia. Jika grafik khas Movistar Yamaha Team ini dibawakan ke Malaysia, pastinya akan laku keras dan menjadi barangan koleksi peminat motosikal di Malaysia kerana hobi mereka mahal.   Continue reading “2017 Yamaha Aerox 155 Movistar Yamaha MotoGP rasmi di Indonesia”

2017 Yamaha Aerox 155 VVA dilancarkan di Indonesia – Variable Valve Actuation

r-racing-blue

Setelah diperkenalkan oleh Valentino Rossi di MotoGP Sepang, Malaysia, Yamaha Aerox 155 VVA kini sedia untuk beraksi di Indonesia. Sesuatu yang terus menarik pandangan anda mengenai skuter ini adalah tayar yang digunakan adalah lebih lebar daripada kebanyakan skuter yang biasa kita lihat. Saiz untuk tayar hadapan 110/80-14, manakala untuk tayar belakang pula adalah pada ukuran 140/70-14. Kelebihan mempunyai tayar yang lebar adalah dapat tayar ini dapat menerima lebih bebanan dan pada yang sama memberikan lebih keseronokan dalam mengambil selekoh.

Rekaan skuter ini cukup ‘sporty’ dengan bentuk yang aerodinamik dan lampu hadapan yang cukup dominan dan tajam. Pasaran Indonesia menyasarkan skuter ini dalam kategori skuter ‘sporty’ yang mana saingannya mungkin Honda Vario.  Terdapat 3 varian untuk dipilih iaitu R (gambar diatas), S dan STD. Varian R mempunyai warna Race-Blu Yamaha dan juga dilengkapi dengan cakera brek berbentuk gelombang. Continue reading “2017 Yamaha Aerox 155 VVA dilancarkan di Indonesia – Variable Valve Actuation”