Warna Baru Bagi Kawasaki Ninja 650 Dan Z650 2018!

 

 

  • Kawasaki Japan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa Kawasaki Ninja 650 dan Z650 2018 mereka akan boleh didapati dalam warna yang serba baru.
  • Kawasaki Ninja 650 2018 akan didatangkan dengan dua skema warna baru (Biru dan Kelabu) manakala Kawasaki Z650 2018 akan didatangkan dalam tiga warna; Kuning, Hitam dan Hijau diilhamkan dari Z900, serta kombinasi Hijau dan Hitam Matte.
  • Selain dari warnanya yang baru, Kawasaki Japan juga akan menawarkan pakej ‘performance’ dan ‘touring’ bagi motosikal middleweight 2018 mereka.

Kawasaki Japan telah mengumumkan bahawa motosikal middleweight mereka iaitu Kawasaki Ninja 650 ABS dan Z650 ABS akan menerima beberapa warna baru bagi 2018. Memandangkan motosikal-motosikal ini masih lagi boleh dianggap sebagai baru (dan yang terkini dari segi spesifikasi), fasa berikutnya yang memperkenalkan pilihan warna yang lebih meluas tampak seperti satu percaturan yang baik sekali untuk memenuhi keinginan kebanyakan penunggang.

Seperti yang kebanyakan daripada kita telah ketahui, tawaran warna semasa bagi Kawasaki Ninja 650 ABS 2017 hanyalah Lime Green dan Orange yang telah kita ramalkan sebelum ini dan seperti mana yang disaksikan pada waktu ini, pilihan warna Lime Green merupakan pilihan yang lebih popular.


Untuk pasaran Jepun, Kawasaki akan memperkenalkan dua warna baru iaitu kombinasi warna kelabu dan hitam dan juga kombinasi warna biru dan hitam. Model-Model 2018 masih lagi menawarkan kemasan warna hijau dan oren namun kami belum lagi mendapat kepastian sama ada pilihan biru dan kelabu akan tersedia di Malaysia.

Selain dari warna yang baru, pasaran Jepun juga akan dapat menikmatiNinja 650 dengan pakej ‘touring’. Pakej ini terdiri daripada pelindung enjin, ‘gel tank pad’, panghadang angin tinggi dan juga ‘pannier’ lembut dilengkapkan sebagai standard. Mencari sesuatu yang lebih ‘sporty’? Mereka juga turut menawarkan model ‘performance’ yang datang dengan ‘smoked screen’, penutup pelana pembonceng, dan ekzos Akrapovic.

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tanggapan pertama kami mengenai Ninja 650 ABS dan Z650 ABS 2017.

Bagi Kawasaki Z650 ABS 2018 pula, kita di Malaysia akan ditawarkan warna Lime Green dan Silver tetapi bagi mereka yang berada di Jepun akan mendapat beberapa pilihan tambahan untuk model 2018 mereka iaitu Metallic Spark Black dengan kerangka berwarna hijau (mirip Kawasaki Z900 ABS 2017 semasa), kuning terang, dan gabungan hijau matte dan hitam.

Berdasarkan kajian kami, model berwarna kuning itu dikatakan hanya terdapat di pasaran Jepun buat masa ini dengan tiada lagi berita sama ada ianya boleh didapati di negara-negara lain dalam masa terdekat ini. Tidak seperti kombinasi warna hitam dan hijau berinspirasikan Z900 dan gabungan warna hitam matte dan hijau.

Seperti motosikal Ninja 650 ABS, Z650 ABS 2018 juga boleh didapati dalam pakej ‘performance’ yang dilengkapi dengan ‘gel tank pad’, penutup pelanapembonceng, dan ekzos Akrapovic. Kita mengetahui bahawa terdapatnya ekzos Akrapovic yang direka khusus untuk kedua-dua model ini namun Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd telah menyatakan sebelum ini bahawa untuk mendapatkannya, anda perlu menghubungi pembekal Akrapovic Malaysia.

TEKAN SINI untuk membaca ulasan terperinci kami mengenai motosikal Z650 ABS 2017 yang dibandingkan dengan model yang digantikannya, ER6-N.

Tiada sebarang perkembangan terkini mengenai warna dan pakej terbaru ini dari Kawasaki Malaysia buat masa ini namun sejurus sahaja kami mengetahuinya, kami akan laporkannya untuk tatapan anda semua. Teruskan setia dengan MotoMalaya untuk perkembangan terkini dunia permotoran.

 

Leave a Reply