Ducati Mengeluarkan Ducati Multistrada 1200 Enduro Pro 2017 Baru

 

 

  • Ducati telah memperkenalkan Ducati Multistarda Enduro Pro 2017 terbaru yang telah dibina untuk lebih keteguhan dan sedia kembara.
  • Motosikal Enduro Pro ini didatangkan dengan kemasan warna bertemakan pasir, pelana dua tona warna, bull bar Ducati Performance, Ekzos titanium Termignoni dan pelbagai lagi perincian.
  • Motosikal Enduro Pro ini akan tersedia untuk pasaran UK dalam masa terdekat dengan harga yang ditetapkan pada £18,995 (kira-kira RM102,797 selepas pertukaran terus).


Ducati telah memperkenalkan sebuah lagi varian yang hebat untuk Multistrada 1200 Enduro yang khas untuk mereka yang gemarkan penunggangan kembara yang ingin menikmati keseronokan menunggang secara off-road dinamakan Edisi Pro. Sebuah pakej yang cukup hebat telah diperhiaskan lagi dengan beberapa kelengkapan tambahan yang menjadikannya lebih seronok apabila di bawa untuk pengembaraan off-road.

Evolusi terkini Multistrada Enduro ini didatangkan dengan warna seakan pasir dengan kemasan permukaan kasar, di bahagian hadapan dan juga penutup tangki. Motosikal Enduro Pro ini juga dilengkapkan dengan pelana dua tona warna dan sub-kerangka yang dilegapkan, pelindung klac dan alternator bagi memberikan motosikal Enduro Pro rupa paras yang lebih teguh serta tahan lasak.

Bagi memastikan pengembaraan off-road anda tidak terbantut akibat tayar yang tidak sesuai, Ducati telah melengkapkan motosikal ini dengan sepasang tayar Pirelli SCORPION™ Rally yang datang sebagai tayar standard untuk roda motosikal Multistrada Enduro ini. Tayar dwi-fungsi dari Pirelli ini bukan sahaja menawarkan cengkaman yang hebat pada jalan yang tidak berturap, ia juga memberikan prestasi yang baik di atas asfalt juga.

Tarikan terbesar pada motosikal ini sudah semestinya ekzos titanium yang diperakui oleh Ducati Performance dari pakar ekzos, Termignoni. Terdapat juga bull bar Ducati Performance yang diserikan dengan lampu LED dari Touratech dan skrin yang lebih rendah untuk kebolehlihatan yang lebih baik.

Selain daripada ke semua perincian ini, motosikal Multistrada Enduro Pro 2017 terbaru ini berkongsi perwatakan yang sama seperti motosikal Multistrada 1200 Enduro yang biasa (namun berinovasi tinggi). Beberapa sebab utama mengapa motosikal Enduro dan Enduro Pro ini adalah jentera yang berkebolehan adalah kerana kerangkanya yang amat teguh digandingkan dengan enjin Ducati 1,198cc Testastretta DVT yang patuh Euro4 yang menjana sehingga 160hp dan 136Nm tork.

Ia juga mempunyai beberapa mod penunggang yang boleh dipilih untuk disuaikan dengan sebarang keperluan penunggangan atau keadaan anda seperti Enduro, Touring, Sport, dan juga Urban. Dari aspek keselamatan, motosikal Enduro Pro ini dilengkapi dengan ABS Menyelekoh, Lampu Menyelekoh (DCL), Kawalan Traksi Ducati (Ducati Traction Control – DTC), Kawalan Wheelie Ducati (Ducati Wheelie Control – DWC), dan juga sistem semi-aktif Ducati Skyhook Suspension (DSS) Evolution dengan gerakan roda sebanyak 200mm yang datang sebagai kelengkapan standard, serta Kawalan Pegangan Kenderaan (Vehicle Hold Control – VHC) untuk pendakian yang lancar.

Bagi memastikan perjalanan yang lancar, Ducati telah melengkapkannya dengan kawalan kelajuan elektronik dan modul Bluetooth sebagai kelengkapan standard yang membolehkan penunggang untuk mengakses telefon mereka apabila disambung melalui Sistem Multimedia Ducati. Ke semua ini dapat dilakukan dengan menggunakan tuil gear yang terletak pada palang pemegang yang akan menyampaikan maklumat yang diperlukan kepada penunggang menggunakan papan pemuka TFT.

Sebagai peringatan semula, motosikal Multistrada 1200 Enduro Pro ini dilengkapi dengan:

– Warna pasir
– Pelana dua tona
– Sub-kerangka belakang hitam
– Pelindung klac dan alternator hitam
– Skrin rendah
– Palang keluli tangki Ducati Performance dari Touratech dengan nyalaan    LED tambahan
– Peredam bunyi titanium Ducati Performance dari Termignoni
– Tayar Scorpion Rally

Perincian standard untuk Multistrada 1200 Enduro yang juga terdapat pada Pro termasuk:

– Enjin Ducati Testastretta DVT
– Unit Pengukuran Inersial (IMU) Bosch
– Sistem pembrekan ABS 9.1ME Menyelekoh Bosch-Brembo
– Kawalan bersiar elektronik
– Mod Penunggangan
– Sistem Multimedia Ducati (DMS)
– Mod Kuasa Ride-By-Wire (PM)
– Kawalan Wheelie Ducati (DWC)
– Kawalan Traksi Ducati (DTC)
– Kawalan Pegangan Kenderaan (VHC)
– Suspensi elektronik semi-aktif Sachs: Ducati Skyhook Suspension (DSS)    Evolution system
– Lampu hadapan keseluruhan LED dengan Lampu Menyelekoh Ducati          (DCL)
– Papan pemuka dengan skrin warna 5 inci TFT penuh
– Penyangga Tengah

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]