Ducati Kepala Tukul di Qatar

Ducati dengan rekaan kepala tukul – imej dari MotoGP.com

Musim 2017 siri MotoGP menyaksikan larangan penggunaan sayap pada reraup atas beberapa sebab salah satunya dikatakan dari segi keselamatan.

Namun, kita pernah melihat cubaan untuk menggunakan kelebihan sayap aerodinamik ini tanpa melanggar peraturan ini sebelum ini pada jentera Yamaha Valentino Rossi dengan penggunaan sayap di dalam reraup. Sayap didalam reraup menampakkan sedikit bonggol ada reraup namun hasilnya lebih kemas.

Ducati kali ini, berusaha dengan lebih aktif dengan menggunakan rekaan kepala jentera yang lebih radikal untuk mendapatkan kelebihan aerodinamik ini. Rekaan kepala Ducati ini mendapat jolokan ‘hammerhead’ kerana menyerupai ikan jerung kepala tukul. 

Rekaan ini mungkin akan dilarang pada 2018 pula agaknya.


7 thoughts on “Ducati Kepala Tukul di Qatar”

Leave a Reply