SIC dan MAM akan menganjur Anugerah Sukan Permotoran pertama Di Malaysia

  • Kerjasama oleh Sepang International Circuit (SIC) dan Motorsports Association of Malaysia (MAM)
  • Penghormatan kepada wira-wira sukan permotoran
  • Pengiktirafan kepada individu, organisasi dan pasukan dalam industry sukan permotoran

Sepang International Circuit (SIC) bersama Motorsports Association of Malaysia (MAM) akan menganjurkan anugerah sukan permotoran pertama di Malaysia iaitu SIC-MAM Malaysia Motorsports Award pada 13 Februari 2017. Penganugerahan akan berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur untuk memberi pengiktirafan dan kepujian kepada mereka yang giat aktif dalam industri sukan bermotor di Malaysia.

Pihak yang juga mengambil bahagian dalam anugerah ini adalah Sportwriters Association of Malaysia (SAM) yang akan memberi pengiktirafan kepada pihak media yang telah memberi liputan dan sokongan kepada industry sukan bermotor tanah air. Anugerah yang akan disampaikan adalah SIC-MAM-SAM bagi jurugambar dan wartawan terbaik bagi 2016.

Sewaktu sesi sidang media bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC),Dato’ Razlan Razali, dia mengatakan banyak pihak yang telah menyumbang kepada pembangunan sukan bermotor di Malaysia. Bukan sahaja atlit-atlit dan pasukan malah individu, pegawai, kelab, koperasi dan juga peminat telah bekerjasama dalma pembinaan industri ini dan sudah tiba masa untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka.

Khairul Idham Pawi

Anugerah ini juga adalah permulaan “Motorsports Hall of Fame” Malaysia dan tujuh individu telah dicalonkan sebagai kemasukan pertama. Antara calon-calon tersebut adalah Karamjit Singh, Alex Yoong, Ron Hogg, Shahrol Yuzy, Khairul Idham Pawi dan lain-lain.

Zulfahmi Khairuddin

Kategori-kategori yang lain adalah pelumba dan empat roda terbaik juga pelumba dan dua roda terbaik. Bagi kategori pelumba dua roda terbaik atau ‘Rider of The Year’, calon-calon adalah: Muhammad Zulfahmi Khairuddin dari WorldSBK, Hafizh Syahrin, Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin dari MotoGP dan juga Zaqhwan Zaidi dari Asia Road Racing Championship (ARRC).

Hafizh Syahrin

Bagi pasukan terbaik tahun 2016 atau ‘Team of The Year’, calon-calon adalah pasukan Chia PJ Kawasaki, Project X Racing Team, 65Garage.com, Sports Rider Racing Team dan Ard Performance Motorsports. Semua pasukan tersebut aktif dalam siri perlumbaan Pirelli Malaysia Superbike Championship (MSC) musim lepas.

Zaqhwan Zaidi

Tambahan lagi, anugerah bagi atlit pilihan ramai atau “Malaysia Motorsport People’s Choice Award 2016” bersama tujuh calon yang anda boleh undi melalui laman Facebook Sepang International Circuit. Undian akan dibuka sehingga 10 Februari 2017. Untuk mengundi, boleh TEKAN DISINI.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

One Reply to “SIC dan MAM akan menganjur Anugerah Sukan Permotoran pertama Di Malaysia”

Leave a Reply